“50,000 Pekerja Bakal Kehilangan Pekerjaan Tahun 2018 Adalah Fenomena Tahunan” – MPN

KUALA LUMPUR: Kadar pertubuhan ekonomi negara terus meningkat setiap tahun menyebabkanlah isu pemberhentian kerja di negara ini masih lagi dalam kawal dan bukan sesuatu yang serius.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose, rakyat perlu terima hakikat bahawa unjuran 50,000 pekerja dijangka kehilangan pekerjaan tahun ini adalah fenomena biasa saban tahun.

“Kita perlu terima hakikat bahawa jumlah itu bukanlah sesuatu yang besar berbanding dengan jumlah keseluruhan tenaga kerja di negara kita.

Jelasnya, tahun demi tahun apa yang dilalui adalah perkara yang sama, sebagai contoh pada tahun lepas 37,000 telah kehilangan pekerjaan tetapi angka itu termasuk dengan pemberhentian sukarela.

“Kita melihat perkara ini dengan lebih positif kerana kita juga dalam masa yang sama menerima hakikat bahawa ekonomi kita dijangka sentiasa berkembang,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan unjuran yang dibuat Persekutuan Majikan Malaysia yang meletakan sektor pembuatan antara yang berisiko diberhentikan kerja pada tahun ini.

Tambahnya, terdapat faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan tenaga kerja adalah seperti levi yang dikenakan ke atas majikan untuk mengambil pekerja asing, Skim Insurans Pekerja (EIS) dan pelaksanaan gaji minimum yang dilaksanakan kerajaan pada Julai lalu.

“Apa yang kita anggap sebagai pemberhentian ini bukannya berhenti terus. Terdapat pekerja menceburi sektor lain yang dianggap sesuai.

“Dalam masa yang sama, kita mengambil pendekatan positif apabila kebanyakan daripada pemberhentian itu terlibat dalam sektor pembuatan dan perkilangan yang mana kita sangat bergantung kepada pekerja asing,” katanya.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan pada Disember lalu, masih terdapat 15.09 juta pekerja di negara ini sehingga Oktober 2017.

Berdasarkan rekod, seramai 38,499 pekerja hilang pekerjaan pada 2015, akan tetapi angka tersebut menurun pada 2016 iaitu 37,699.

Disamping itu, sektor pembuatan, sektor perkhidmatan, insurans, perbankan, peruncitan dan pembinaan akan dijangka mengalami pengurangan tenaga kerja.

Sumber – astroAwani

Leave a Comment