‘Saya sebagai ibu sangat setuju kalau denda begini diberikan kepada pelajar yang datang lambat ke sekolah’

Viral di media sosial gambar-gambar sekumpulan pelajar lelaki yang datang lambat ke sekolah didenda Solat Dhuha di dataran perhimpunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, Shah Alam, mencetuskan pelbagai reaksi positif netizen.

Gambar yang dimuat naik Puan Eizan Ariffin itu telah dikongsi 2,252 semenjak dimuat naik 3 Januari lalu.

“Tiba-tiba hati seorang ibu seperti saya tersentuh melihat gambar-gambar ini yang dikongsikan oleh seorang sahabat dalam group WhatsApp. Bergenang pula kelopak mata ini. Katanya, para pelajar ini didenda Solat Dhuha di dataran perhimpunan kerana datang lambat ke sekolah pagi ini.

“Masya-Allah, serius saya sebagai seorang ibu sangat setuju kalau denda begini yang diberikan. Apa pun, saya tabik pengetuanya, guru-gurunya yang bukan saja mengajar tetapi mendidik.

“Bukan sahaja boleh mendidik hati dan disiplin anak-anak, malah ibu bapa juga akan terkena tempiasnya. Mesti kita pun sebagai ibu bapa juga mahu memperbaiki diri, harus lebih bijak menguruskan masa, lebih berdisiplin dan menghormati peraturan orang lain.

“InshaAllah kita pun akan menjadi lembut hati untuk keluar lebih awal menghantar anak-anak ke sekolah. Ajar diri kita untuk bangun lebih awal daripada biasa dan kejutkan anak-anak lebih awal. Jadi tak adalah kes anak tertinggal van atau bas sekolah, tersangkut dalam kesesakan dan sebagainya sehingga lambat sampai ke sekolah.

“Sebagai ibu, saya melihat ia daripada sudut yang positif. Yang mana kurang, kita perbaiki. Al-maklum hari pertama dan kedua persekolahan, trafik memang sesak. Kebanyakan ibu bapa hantar sendiri anak-anak dalam sehari dua ini termasuk saya sendiri. Memang jalan nak masuk ke sekolah, sesak.

“Apa pun sebagai anggota masyarakat, sama-sama kita mendoakan yang terbaik buat semua. Moga-moga tidak ada ibu bapa yang mempertikaikan denda sebegini. Kita dulu-dulu pun bukan baik mana, kan?” demikian tulis Puan Eizan Ariffin.

REAKSI NETIZEN

Sementara itu, pengetuanya, Siti Salmiah Yaakob berkata, idea untuk mengenakan denda tersebut sebenarnya sudah lama diamalkan oleh pihak sekolah dan beliau tidak menyangka ia akan viral di media sosial baru-baru ini.

“Sebelum ini, mereka yang lewat ke sekolah akan diminta menunaikan solat Dhuha di surau. Cuma baru-baru ini denda itu dilakukan di dataran perhimpunan pada hari kedua sekolah dibuka.

“Sepatutnya pelajar teruja nak ke sekolah masa awal-awal tahun. Tetapi mereka datang lambat pula,” katanya memetik laporan dari mStar Online.

Jelas beliau, hampir 50 pelajar yang datang lewat pada hari tersebut memberikan alasan bangun lambat serta singgah menikmati sarapan pagi di kedai berhampiran kawasan sekolah.

“Bila mereka beri alasan bangun lambat, jadi kita anggap mungkin mereka tidak solat Subuh. Pihak sekolah denda tunaikan solat Dhuha dengan harapan solat-solat sunat ini dapat ‘top up’ mana-mana amalan yang kurang,” katanya yang telah menjawat jawatan pengetua di sekolah itu sejak 2016.

‘Kenapa dia tampar saya?’ – King ditampar sehari sebelum Farid ditahan polis

Pelakon Ridzuan Hashim, 53, yang terkenal dengan watak King dalam filem KL Gangster, mengakui tidak tahu mengapa Datuk Farid Kamil menamparnya ketika di lokasi penggambaran drama Uniknya Cinta.

Dalam kejadian Rabu lalu, sehari sebelum Farid ditahan polis kerana menampar anggota polis dan orang awam di Balai Polis Kota Damansara, Ridzuan terlebih dulu ditampar oleh Farid.

“Kejadian berlaku jam 1.30 pagi pada 10 Januari lalu di studio milik Soffi Jikan ketika berlangsung penggambaran drama arahan Shuhaimi Lua Abdullah.

“Tidak semena-mena Farid menampar pipi kiri saya sampai jadi merah. Apabila saya jerit ‘Oi kenapa kau tampar aku’ dia terus berlari keluar meninggalkan premis yang menjadi lokasi penggambaran,” katanya.

Sebelum kejadian itu berlaku, Ridzuan baru saja keluar dari tandas dan memakai stokin di bilik wardrobe.

“Farid masuk dan bertanya ada baju tak. Saya beritahu itu semua baju pelakon dan saya terus tunduk memakai stokin. Entah kenapa dia terus menampar saya. Apabila saya jerit tanya kenapa dia terus lari keluar daripada premis itu dan tidak patah balik untuk mengambil keretanya.

“Ketika itu saya lihat dia seperti kebingungan. Kru dan pelakon lain menjadi saksi apabila saya menjerit namanya dan mereka juga melihatnya berlari keluar.

“Bagaimanapun, saya tidak membuat laporan polis kerana kami sama-sama kawan. Saya maafkan dia dan tidak berdendam dengannya. Lagipun dia ada anak isteri, saya tak mahu mereka tertekan. Kalau saya buat laporan polis, perkara itu akan jadi besar dan berpanjangan,” katanya.

Ridzuan juga terkejut apabila mendapati Farid ditahan polis, namun meminta masyarakat tidak menjatuhkan hukum terhadap Farid yang masih muda dan dia sayangkan masa depan pelakon dan pengarah itu.

“Itu antara sebab mengapa saya tidak buat laporan polis kerana tidak mahu kejadian itu dispekulasikan. Nanti orang ingat saya yang cari pasal.

“Saya juga bukan jenis yang suka mengadu dengan wartawan. Selepas kejadian itu, saya malas nak fikir lagi dan terus masuk ke set penggambaran sehinggalah semua babak saya selesai jam 4.30 pagi,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Rasa Sedap Manis, Sayangnya Mudah Batuk Selepas Makan – Wanita Kongsi Petua Elak Batuk Selepas Makan Buah Rambutan

Bila tiba musim rambutan, rugi la kalau tak rasa. Lagi-lagi bila jiran sebelah hulur rambutan yang dibawa dari kampung. Sedapnya lahai. Rezeki depan mata tak akan nak menolak pulak kan.

Tapi yang tidak seronoknya, bila makan sebijik dua rambutan batuk pun mula menyerang. Tak akan orang lain makan kita nak telan air liur aje kan. Mesti laa kena rasa jugak. Banyak petua untuk tidak batuk selepas makan rambutan dicuba tapi tidak menjadi.

Apa kata cuba petua dari Muna Masrur, menurutnya petua ini memang mujarab. Buat pengemar rambutan jangan lupa cuba petua ini

Hidup dah lebih 20 tahun,baru tau rambutan ada banyak jenis keturunan. Yang ku tahu rambutan merah, rambutan kuning saja.

Baru baru ni mak sedara bagi rambutan nama nasab keturunannya rambutan gula batu. Warnanya merah pekat ala maroon, buahnya maniiiiiis yakmat. Isi dan biji tak lekat bila dimakan.

Aku mula takot nak makan. Takot batok batok. Maklom, baru saja baik dari batok dan selsema. Orang tua tu paksa juga aku cuba.

Kata dia,alah kau jangan takot la makan rambutan ni. Petua tak nak batok, kau kopek dulu buah ni, lepas tu kau basuh dengan garam. Garam halus. Basuh lama lama sket. Lepastu boleh la makan. Tak habis makan, simpan dalam tupperware. Letak peti sejuk.

Di rumah aku cuba lah petua ni. Uhuiii..
Memang sedap manis terasa sampai ke anak tekak. Isi dia tak buat gigiku menyelit. Isinya padat. Terasa ranggup bila dikunyah.

Ntah kebetulan atau petua ni memang mujarab, tak pulak kena batuk walau berisi isi rambutan masok perot. Huhu. Alhamdulillah

Ok. Sekian petua nak elak batuk makan rambutan. Boleh la hakak hakak coba.

Oh ya, sempat snap isi rambutan saja. Tu pun teringat bila dah tinggal bape ketol dalam bekas. Kulitnya selamat dah ju buang dalam tong sampah.

Sumber – Muna Masrur

(Video) Cuaca Cecah 40 Celcius, Lebuh Raya Hume Di Australia Cair?

Kawasan pantai timur Australia dijangka akan dipenuhi orang ramai apabila dua bandar besar Sydney dan Melbourne dilanda gelombang haba.

Suhu di kedua-dua kawasan itu dijangka akan mencecah setinggi 40 darjah celcius (C) penduduk dia bandar tersebut memenuhi kawasan pantai bagi mengelak dari cuaca panas melampau.

Malah, pihak berkuasa turut melaksanakan larangan pembakaran terbuka di Victoria dengan menyaksikan sebatang jalan sepanjang 10 kilometer di Lebuh Raya Hume mula mencair akibat kepanasan tersebut.

Suhu tinggi tersebut telah mencairkan tar di lebuh raya itu hingga menyebabkan berlakunya kesesakkan lalu lintas berjam-jam akibat pemandu yang cuba mengelak daripada melalui permukaan jalan yang terkesan dengan fenomena itu.

Penduduk-penduduk di kawasan terlibat juga dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar selain kekal di dalam rumah sepanjang minggu ini.

Manakala suhu di Melbourne dijangkan akan mencecah pada 41C pada Sabtu menyaksikan penduduk keluar seawal Jumaat bagi megelakkan diri daripada menjadi mangsa pada fenomena tersebut.

Cuaca di kawasan Victoria bagaimanapun dijangka akan berubah pada Ahad apabila suhu diramal akan jatuh hingga mencecah 21C serta awan mendung akan kelihatan.

Manakala kawasan di Sydney dijangka kekal tidak berubah sepanjang minggu dengan suhu berada sekitar 38C pada Sabtu dan 33C pada Ahad.

Selain Sydney, Melbourne dan Victoria, kawasa Selatan Autralia dan Canberra juga dijangka mengalami nasib yang sama apabila suhu diramal bakal mencecah setinggi 38C di ibu negara.

Jabatan Bomba Australia juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan di Selatan Australia apabila suhu panas ekstrem akan mencecah hingga paras 46C.

Larangan pembakaran juga turut dikuatkuasakan di Tasmania dengan jangkaan suhu sekitar 30C dengan tiupan angin selaju 90 kilometer perjam dari utara, mengikut ramalan Weatherzone.

Nasib sama juga akan melanda Darwin dengan suhu sekitar 30C untuk tempoh sepanjang minggu.

Walau bagaimanapun kawasan Top End dijangka dilanda hujan lebat dan ribut manakala Brisbane dijangka tidak akan mengalami sebarang cuaca ekstrem.

Sumber : Dialy Mail

”Ikan Bilis Harga RM 2.24 Jadi RM 348 Masa Bayar,” Itulah Pentingnya Semak Resit Kembali Selepas Buat Pembayaran

Korang kalau keluar ke pasar basah ataupun pasar raya, mesti dah buat planning siap-siap kan apa yang nak di beli. Yelah takut ada yang tercicir, nanti nak kena pergi kedai yang sama dua tiga kali. Penat kan? Tapi pernah anda perasan tiap kali anda membeli barang berdasarkan list yang anda sendiri sediakan, harga barang yang perlu dibayar lebih mahal daipada apa yang anda jangkakan.

Kenapa ya? Itulah pentingnya untuk anda semak kembali list anda dengan resit pembayaran yang anda buat. Takut ada barang yang tak ada dalam list, ada dalam resit. Tak pasal-pasal anda kena keluarkan duit lebih untuk barang yang anda tak beli. Kalau sikit tak pelah, tapi kalau dah cecah ratusan ringgit, boleh ‘demam’. Macam kisah yang dikongsikan oleh Nik Yam Chik Zainab ni.

Nak tahu kisahnya? Kami bawakan perkongsiannya untuk anda di bawah.

Cerita hari ini.

Nasib menyebelahi. Habis je exam terus ke market untuk shopping barang dapur. Barang boleh katakan agak banyak dan kira-kira memang akan habis dalam RM 200+.

Dan bila sampai kat kaunter, akak tu bagitau total barang RM 586.75. Muka dengan penuh redha hulur RM 600 dengan berbaki RM 13.25.

Naik kereta terus belek resit. Kebiasaannya memang setiap kali nak beli barang saya akan catat dalam kertas atau buku nota supaya barang yang nak dibeli tak tercicir.

Pelik sebab datang dari mana barang yang boleh cecah sampai RM 600 tu. Bila check dalam list resit baru perasan yang ikan bilis yang saya tandakan takde.

Yang ada ‘Silverside CTN’ yang saya sendiri tak tahu apa maknanya tu. Bukak balik bonet kereta dan usaha sedaya upaya cari batang hidung ikan bilis.

Dan lihatlah apa yang saya dapat (refer gambar ke-3). Ikan bilis yang berharga RM 2.24 tiba-tiba jadi RM 348.

Turun kereta pegi balik kat kaunter dan bagitau yang dorang da silap kira. Dan Alhamdulillah, duit dapat balik.

Nak pesan je. Rajin-rajinkanlah check balik resit yang kita dapat tu. Total barang tu betul ke tidak. Sama ke tidak dengan harga barang yang kita beli.

Dan moga ni kejadian yang terakhir. Ok, bye.

Sumber : Nik Yam Chik Zainab

Wanita Maut Dibaham Harimau Ketika Sedang Melakukan Kajian Lapangan

PEKANBARU: Seorang wanita meninggal dunia akibat dibaham oleh seekor harimau ketika sedang mengumpul data tentang serangga di sebuah ladang kelapa sawit dekat Desa Tanjung Simpang, Riau, Indonesia.

Mangsa yang dikenali sebagai Jumiati, 30 , ditemui mati dengan kesan kecederaan mengerikan pada leher dan kakinya akibat digigit oleh haiwan ganas tersebut.

Ketika kejadian, Jumiati yang juga merupakan pekerja di ladang sawit berkenaan sedang menjalankan kajian lapangan bersama dua lagi rakan sekerjanya sebelum harimau tersebut muncul dan mengejar mereka bertiga.

Menurut laporan yang dipetik dari RiauAktual, dua rakannya terselamat dari dibaham selepas mereka berjaya memanjat pokok kelapa sawit.

Bagaimanapun, haiwan tersebut sempat menangkap kaki Jumiati dan menariknya turun.

“Jumiatik bergelut dengan harimau kira-kira 15 minit. Dia mengalami kecederaan serius di leher dan terbunuh,” kata ketua polis tempatan, Iptu Rafi.

Terdapat beberapa kes serangan harimau sejak beberapa tahun kebelakangan ini di Indonesia.

Kegiatan penebangan hutan untuk perladangan dikatakan menjadi antara faktor kawasan habitat mamalia terancam itu semakin menyusut.

Sumber- RiauAktual

Lelaki 51 Tahun Pamer Kemahiran Tampung Badan Dengan Hanya Dua Jari

Seorang lelaki berusia 51 tahun berasal dari China, Yuan Tingjun, mendapat perhatian media China apabila mampu membuat pelbagai aksi kungfu hanya dengan menggunakan satu jari. Meluangkan masa selama 8 tahun untuk mempelajari teknik kungfu, lelaki ini mempelajari kemahiran ‘one-finger-stand’ kira-kira setahun lepas. Memiliki sebuah perniagaan di bandar Zunyi, dia kini mampu menampung berat badannya dengan satu jari pada setiap tangannya.

Sumber: China Plus

Pelajar Malaysia Dengan Kostum Spiderman Meninggal Dunia Jatuh Dari Tingkat Lima Asrama

Seorang pelajar Malaysia di temui mati pada malam Rabu lepas dengan berpakaian kostum Spiderman di luar asrama lelaki di Universiti Da-Yeh, Taiwan.

Dia dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan ketika ingin mengambil gambarnya. Mayat mangsa ditemui oleh salah seorang pelajar yang melalui kawasan tersebut terkejut dengan susuk sekujur tubuh yang sudah tidak sedarkan diri dilantai simen luar bangunan.

Menurut rakan sekelasnya yang telah disoal siasat, mangsa keluar ke balkoni asrama untuk mengambil gambar bersama kostum Spiderman yang dipakainya. Dia memang telah dikenali sebagai seorang ‘cosplayer’ dalam kalangan pensyarah dan rakan sekelasnya kerana telah menjadi hobinya berpakaian persis karakter filem, buku atau video game yang digemari untuk ke kelas.

Mangsa disahkan mati sejurus pihak polis tiba di tempat kejadian. Mereka juga menemukan telefon bimbitnya dibalkoni dan menurut Chan Ting-Yu, Ketua Unit Penyiasatan Jabatan Polis Daerah Changhua, polis tidak dapat menentukan secara pasti punca kematian kerana tiada saksi.

Pihak Universiti juga telah menghubungi keluarga mangsa dan mengaturkan perjalanana mereka untuk ke Taiwan.

Sumber: The Star

Lelaki Maut Maut Dikelar Warga Asing Didepan Rakan Ketika Berniaga Di Pasar Malam

Seorang lelaki maut akibat dikelar ketika sedang berniaga di pasar malam di Jalan Cermat 25/36 Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, dalam kejadian yang berlaku pada 9.05 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Nor Syazrin Rasdi, 28, meninggal di tempat kejadian dengan luka di bahagian lehernya.

Jelas beliau, ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Kupang, Baling, Kedah, bersama rakan wanita berusia 26 tahun serta dua lagi pekerja Indonesia sedang berniaga di kawasan itu.

Jelasnya, mereka yang sedang berniaga barang kosmetik itu dilaporkan didatangi empat lelaki dipercayai warga Indonesia yang seterusnya menyerang mangsa menggunakan pisau.

“Mangsa yang luka di leher mati di tempat kejadian manakala pekerja yang cuba membantu cedera di kepala. Punca kejadian masih disiasat,” katanya.

Shafien berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) manakala rakan wanita dan pekerja Indonesia ditahan untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan perintah tahanan reman akan dipohon pagi ini,” katanya.

Sumber- Harian Metro

“50,000 Pekerja Bakal Kehilangan Pekerjaan Tahun 2018 Adalah Fenomena Tahunan” – MPN

KUALA LUMPUR: Kadar pertubuhan ekonomi negara terus meningkat setiap tahun menyebabkanlah isu pemberhentian kerja di negara ini masih lagi dalam kawal dan bukan sesuatu yang serius.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose, rakyat perlu terima hakikat bahawa unjuran 50,000 pekerja dijangka kehilangan pekerjaan tahun ini adalah fenomena biasa saban tahun.

“Kita perlu terima hakikat bahawa jumlah itu bukanlah sesuatu yang besar berbanding dengan jumlah keseluruhan tenaga kerja di negara kita.

Jelasnya, tahun demi tahun apa yang dilalui adalah perkara yang sama, sebagai contoh pada tahun lepas 37,000 telah kehilangan pekerjaan tetapi angka itu termasuk dengan pemberhentian sukarela.

“Kita melihat perkara ini dengan lebih positif kerana kita juga dalam masa yang sama menerima hakikat bahawa ekonomi kita dijangka sentiasa berkembang,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan unjuran yang dibuat Persekutuan Majikan Malaysia yang meletakan sektor pembuatan antara yang berisiko diberhentikan kerja pada tahun ini.

Tambahnya, terdapat faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan tenaga kerja adalah seperti levi yang dikenakan ke atas majikan untuk mengambil pekerja asing, Skim Insurans Pekerja (EIS) dan pelaksanaan gaji minimum yang dilaksanakan kerajaan pada Julai lalu.

“Apa yang kita anggap sebagai pemberhentian ini bukannya berhenti terus. Terdapat pekerja menceburi sektor lain yang dianggap sesuai.

“Dalam masa yang sama, kita mengambil pendekatan positif apabila kebanyakan daripada pemberhentian itu terlibat dalam sektor pembuatan dan perkilangan yang mana kita sangat bergantung kepada pekerja asing,” katanya.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan pada Disember lalu, masih terdapat 15.09 juta pekerja di negara ini sehingga Oktober 2017.

Berdasarkan rekod, seramai 38,499 pekerja hilang pekerjaan pada 2015, akan tetapi angka tersebut menurun pada 2016 iaitu 37,699.

Disamping itu, sektor pembuatan, sektor perkhidmatan, insurans, perbankan, peruncitan dan pembinaan akan dijangka mengalami pengurangan tenaga kerja.

Sumber – astroAwani