“Saya Tak Nak Bercakap Dengan Orang Yang Tak Sekolah” – YB

Malaysia Baharu impian rakyat ialah Malaysia yang lebih matang demokrasinya yang boleh mendengar keluhan rakyat serta menyelesaikan perkara yang berbangkit.

Sikap kurang ajar dan biadap apabila berdepan dengan rakyat harus dibuang kerana mereka adalah pengundi dan wakil rakyat berkerja untuk rakyat. Lagak samseng yang ditunjukkan apabila berdepan dengan masyarakat boleh menyebabkan rakyat hilang rasa hormat seperti dalam video ini.

Wakil rakyat harus sedar dirinya dipilih bagi membawa suara rakyat bukannya untuk menunjukkan kejantanan atau keberanian apatah lagi menghina penduduk yang memerlukan tempat untuk mengadu.

YB Kawasan Adalah Tempat Rakyat Mengadu Isu2 Setempat.. Ini Surat Org Bawapun Tak Nak Tgk.. Buat Keputusan.. Tak Nak Runding Baik2.. Itukan Level Kakak/Abg..

YB Jgn Kutuk Org Tak Sekolah. YB DAP Pun Dulu Driver Bas Kilang Je Kan..

Status berikut dimuat naik ke Facebook oleh seorang wanita berserta dua video ketika perbincangan mengenai laluan jalanraya di sebuah taman viral di media sosial.

Video viral menunjukkan suasana tegang antara penduduk dan wakil rakyat di Melaka ini adalah mengenai isu laluan jalanraya yang akan ditutup dibantah oleh segelintir penduduk yang belum dapat butiran penuh, tetapi yang patut ditegur adalah bagaimana seorang Yang berhormat bercakap dengan penduduk apatah lagi yang lebih tua darinya.

Perkataan seperti “tak nak bercakap dengan orang tak sekolah” “awak siapa” dan dengan menggunakan nada yang tinggi seperti mahu bergaduh tidak seharusnya berlaku apabila berdialog dengan masyarakat dibawah jagaan seorang Yang Berhormat.

Ketahuilah, Politik perubahan di era Malaysia baharu bukan semata menukar parti politik yang mengemudi negara, tetapi seharusnya diisi dengan suatu anjakan perubahan politik berasaskan politik nilai dan politik akhlak bukan politik kuku besi mahupun politik cercaan.

Leave a Comment