Singapura Hapus Caj Tol Masuk Melalui Woodlands Untuk Semua kenderaan

Berita gembira buat semua penunggang motosikal tidak lagi perlu membayar tol untuk memasuki Singapura melalui Woodlands apabila bayaran tersebut akan dihapuskan bermula 1 Februari ini.

Tindakan menghapus tol di Pusat Pemeriksaan Woodlands di ambil oleh kerajaan Singapura sebagai menyambut baik keputusan kerajaan Malaysia yang menghapuskan bayaran tol di Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) yang berkuatkuasa pada 1 Januari lalu.

Pihak berkuasa Pengangkutan dan Tanah Singapura (LTA) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kenderaan-kenderaan yang memasuki Singapura melalui Wetlands tidak akan dikenakan sebarang bayaran tol.

Walau bagaimanapun, semua kenderaan yang keluar dari Singapura melalui laluan sama akan dikenakan tol dengan jumlah caj dikurangkan.

Kadar caj baru adalah SGD1 (RM 3.01) untuk kereta berbanding SGD3.80 (RM 4.50) sebelum ini. Manakala untuk kenderaan jenis van kenderaan muatan ringan pula akan dikenakan bayaran keluar sebanyak SGD1.50 (RM 4.50), berbanding SGD5.80 (RM 17.40).

Caj baru bagi lori, lori kontena barang dan semua kenderaan kategori muatan berat akan dikenakan bayaran keluar SGD2 (RM6) berbanding SGD7.70 (RM 23.20).

Manakala untuk teksi dan bas pula perlu membayar caj keluar baru sebanyak SGD0.50 (RM 1.50) dan SGD0.80 (RM 2.40) berbanding caj lama iaitu SGD1.90 (RM 5.70) dan SGD3.10 (RM 9.30).

Bagi penunggan motosikal pula, mereka tidak lagi perlu membayar sebaran tol untuk perjalanan keluar dan masuk melalui Woodlands.

Penghapusan tol untuk motosikal dan pengenalan caj baru lebih rendah untuk kenderaan-kenderaan lain akan memberi manfaat kepada 400,000 kenderaan yang menggunakan laluan tersebut setiap hari.

LTA pada masa yang sama juga mengingatkan semua penunggang motosikal supaya mempunyai baki secukupnya di dalam Autopass masing-masing sebelum melalui pusat pemekriksaan Wodlands, bagi mengurangkan kesesakkan di laluan tol.

”Penunggang motosikal yang mengelak membayar tol, bayaran dan caj akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak SGD 50, dan SGD 100 jika mengulangi kesalahan yang sama. Bagi penunggang motosikal yang tidak membayar denda tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah Singapura dan dikenakan denda tidak melebihi SGD 1000 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 bulan bagi kesalahan pertama,” kata kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun LTA tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada perubahan kadar caj tol turut melibatkan satu lagi pusat pemeriksaan di Tuas. Setakat ini, difahamkan penghapusan tol untuk penunggang motosikal hanya untuk mereka yang melalui laluan Woodlands sahaja.

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, pengguna boleh melawati laman web LTA dia ww.lta.gov.sg atau menghubungi 1800-CALL LTA (1800-2255 582) jika anda berada di Singapura dan 65-62255 582 jika panggilan di buat dari negara lain.

Sumber : New Straits Times

Leave a Comment