Peminat kereta Honda model Civic pasti tertunggu kemunculan model terbaru generasi 11 di Malaysia setelah muncul buat pertama kali diperingkat global di Amerika Syarikat pada April tahun lalu.

Honda Malaysia hari ini melancarkan Model generasi ke-11 dengan kod casis FE sama seperti pasaran Thailand dan Indonesia. Civic generasi terkini ini hanya hadir dengan unit rangkaian kuasa 1.5 liter VTEC Turbo, tanpa pilihan enjin 1.8 liter i-VTEC seperti model genarasi ke-10. Walau bagaimanapun Honda Malaysia masih menawarkan Civic 2022 dalam tiga varian berbeza.



Ia dimulakan dengan model asas 1.5 E yang dijual pada harga RM125,635, diikuti model pertengahan 1.5 V dijual pada harga RM138,043. Manakala model spesifikasi tertinggi serta menampilkan rupa lebih agresif iaitu Civic 1.5 RS dijual pada harga RM144,350 tidak termasuk insuran dan cukai jualan.






