5 TIPS Mental Sihat

Kongsikan Artikel ini

Masalah tekanan, kemurungan, dan keresahan minda merupakan tanda-tanda terjejasnya kesihatan mental seseorang.

Ada yang berdepan dengan pelbagai dugaan seperti hilang pekerjaan, pendapatan terjejas, terbeban hutang, dijangkiti Covid-19, kehilangan keluarga tersayang dan pelbagai lagi yang memberi tekanan hidup sehingga kemurungan.

Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 266 kes bunuh diri dilaporkan sejak 18 Mac hingga 30 Oktober tahun 2020 sepanjang PKP dikuatkuasakan di seluruh negara. Bagi tahun 2021 pula, 468 kes bunuh diri bagi tempoh Januari hingga Mei dilaporkan.

Berikut kami kongsikan 5 tips mental sihat buat rujukan anda.

1. SENAMAN

Peribahasa menyebut badan cergas, otak cerdas bermaksud  badan yang bertenaga dan sihat, akan dapat melahirkan pemikiran yang sempurna akalnya. Jadi luangkan masa sekitar 10 minit sehari bagi aktiviti

bersenam. Tidak semestinya perlu ke gim. Sekadar berjalan kaki di sekeliling atau depan rumah, menaiki tangga, melayan anak-anak dan pelbagai lagi. Senaman ini membantu melancarkan peredaran darah dan oksigen ke sistem saraf agar otak dapat berfungsi dengan lebih baik.

2. KOMUNITI

Kerap bersosial dengan komuniti setempat anda dan elakkan diri dari bersendirian. Interaksi sosial yang berkualiti akan dapat membantu menyihatkan lagi mental kita. Menjadi sebahagian daripada komuniti  dapat menimbulkan rasa “sense of belonging” dan ianya sangat baik untuk kesihatan mental kita.

3. MAKANAN

Pemakanan yang seimbang membantu fizikal dan mental yang sihat.

4. REHAT

Seimbangkan masa bekerja dan masa berehat. Dengan rehat secukupnya, kita akan mendapat ‘drive force’ baru untuk bekerja dengan lebih baik lagi. Bercuti atau keluar daripada kesibukan dunia akan meningkatkan hormon gembira anda.

5. BANTUAN

Credit pixabay

Berkongsi masalah dengan keluarga atau rakan terdekat atau berjumpa dengan kaunselor bagi menanggani masalah anda. Tiada apa yang perlu dimalukan untuk meminta bantuan pada yang lebih pakar dalam hal kesihatan mental ini.

Sumber: MOHR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *