Aaisyah Dhia Rana ‘Operation’ Gigi, Che Ta; “Sejak Beberapa Bulan Lalu, Dia Selalu Mengadu…”

Kongsikan Artikel ini


Anak perempuan kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan gigi dipanggil Supernumerary Mesiodens Tooth (lebihan gigi pada bahagian tengah) di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Sabtu.

Menurut Rozita atau mesra disapa Che Ta, Aaisyah kini banyak tidur dan berehat selepas menjalani pembedahan berkenaan.

“Ikutkan sejak beberapa bulan lalu, dia (Aaisyah) selalu mengadu tak selesa di bahagian giginya.

“Jadi selepas dipermudahkan, pembedahan berjaya dilakukan hari ini. Menurut doktor, kes seumpama ini agak jarang terjadi iaitu kewujudan gigi lebih di bahagian tengah.

 

Aaisyah Dhia Rana ‘Operation’ Gigi, Che Ta; “Sejak Beberapa Bulan Lalu, Dia Selalu Mengadu…”

“Kata doktor lagi, secara umumnya di dalam dunia ini ada sekitar 0.5 hingga 3 peratus kes seumpama itu,” katanya.

Tambah pelakon yang terkenal menerusi drama Kiah Pekasam itu, pembedahan itu perlu untuk membolehkan pertumbuhan gigi kekal baharu yang lain.

“Masa buat CT Scan baru-baru ini, baharu nampak masalah yang timbul. Apabila dilakukan X Ray memang wujud masalah itu,” katanya lagi.

 

Aaisyah Dhia Rana ‘Operation’ Gigi, Che Ta; “Sejak Beberapa Bulan Lalu, Dia Selalu Mengadu…”

Ibu kepada tiga cahaya mata itu dalam masa sama turut bersyukur kerana anak perempuannya seorang yang kuat semangat.

“Terima kasih yang mendoakan kesihatan dan keadaannya,” kata Che Ta lagi.

Terdahulu, Che Ta memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya memaparkan keadaan sebelum dan selepas Aaisyah menjalani pembedahan Supernumerary tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.


Sumber dipetik: media hiburan
Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *