Menjelang aksi suku akhir kedua pada Khamis 18/11/2021 ini yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, ‘suasana’ di luar padang kian hangat dengan ‘gurauan manja’ antara pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor jelas menghiburkan penyokong kedua-dua pasukan.
Pertemuan ini penting bagi kedua-dua pasukan yang ketika ini sedang mencari slot ke separuh akhir saingan berprestij itu. Pada aksi suku akhir pertama malam tadi, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sekali gus menyaksikan peluang masih terbuka untuk kedua-dua pasukan merebut slot ke separuh akhir.
Tunku Ismail dan Sanusi masing-masing ‘berperang’ menerusi laman media sosial bermula daripada sebelum aksi suku akhir pertama di Stadium Darul Aman malam tadi sehinggalah ke hari ini.
Menerusi ciapan terbaru di Facebook Menteri Besar Kedah itu mengucapkan terima kasih kerana kiriman jambangan bunga dan McD.
“Menjunjung Kasih TMJ HRH Crown Prince of Johor atas kiriman bunga dan McD… hari khamis ni kita berentap lagi.

“Kalah, seri atau menang adalah adat perlawanan… kasi panas line tu wajib laaa,” katanya menerusi hantaran terbarunya itu.
Sumber: bharian.com.my
Baca juga: Cara Tukar Kad Debit Maybank Online