Akhyar sah positif Covid-19

Kongsikan Artikel ini
Akhyar Rashid yang disahkan positif Covid-19
Akhyar Rashid yang disahkan positif Covid-19. Photo TheStar

SKUAD Harimau Malaya kehilangan pemain sayapnya, Akhyar Rashid yang disahkan positif Covid-19 pada ujian calitan dilakukan sebelum mengharungi aksi Kumpulan B bertemu Laos pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe bagi menjawab status ketiadaan Akhyar dalam skuad utama ketika pasukan menewaskan Laos 4-0 di Stadium Bishan, Singapura sebentar tadi.

“Akhyar telah disahkan positif Covid-19 dan tidak dapat diturunkan pada aksi kali ini. Kami harap dia dapat pulih untuk membantu pasukan secepat mungkin,” kata Cheng Hoe pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Terdahulu, dua pemain negara Faisal Halim dan penjaga gol, Khairulazhan Khalid terlebih dahulu dipaksa menjalani kuarantin apabila disahkan positif Covid-19 pada Ahad lepas.

Ketiadaan Akhyar dijangka memberi impak besar buat jentera serangan negara menjelang aksi ketiga Kumpulan B bertemu Vietnam pada Ahad ini. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *