Aliff disahkan positif COVID-19 pulang bercuti dari Turki

Kongsikan Artikel ini

KUALA LUMPUR: Sekembali bercuti dari Turki, usahawan “terlajak laris” Datuk Seri Aliff Syukri disahkan positif COVID-19 tahap tiga.

IG aliffsyukriterlajaklaris.
IG aliffsyukriterlajaklaris.

Menerusi laman Instagram (IG) miliknya, beliau mendedahkan terkena jangkitan tahap tiga yang boleh memberi kesan kepada sistem pernafasannya.

Aliff kini dirawat di sebuat hospital swasta di Damansara, dan sempat memohon maaf kepada sesiapa yang pernah terguris hati dengannya.

“Kepada semua sahabat dan kenalan dikasihi atau sesiapa sahaja yang mengenali, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti.

“Maaf sekiranya pernah terkasar, mengumpat dan termakan sama ada sengaja ataupun tidak.

“Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada Allah SWT. Rasa lega dah mohon maaf pada semua, takut umur tak panjang,” tulis Alif. Beliau turut memohon pengikut laman sosial mendoakannya agar cepat sembuh.

“Doakan saya cepat sembuh. Doa kalian amat saya hargai pada ketika ini.

IG aliffsyukriterlajaklaris

“Saya juga amat merindui isteri, anak dan bonda,” katanya.

Terdahulu, Aliff bersama ahli keluarga dan ibunya, Rozita Ibrahim bercuti ke Turki pada pertengahan Disember dan baru pulang ke Malaysia, sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, kini ahli keluarganya sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Namun melalui ciapan di laman instagramnya hari ini, beliau memaklumkan mulai ‘recover’ dari jangkitan Covid-19 boleh berselera untuk makan.

Sumber: BeritaHarian | IG aliffsyukriterlajaklaris.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *