Setiap antara kita samada kanak-kanak atau kalangan dewasa tak terlepas mengalami gejala batuk dan selesema. Batuk dan selesema ini adalah mekanisme pertahanan diri bagi badan kita. Ia bagi membantu dalam proses pengeluaran kahak secara semula jadi.
Kebiasaannya, selesema dan batuk yang dialami adalah ringan dan akan sembuh sendiri tanpa memerlukan rawatan dalam tempoh tertentu.
Menurut portal Myhealth KKM, batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman. Ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia).
Gejala batuk dan selesema ini akan menyebabkan sakit tekak, hidung berair dan tersumbat. Sudah pastinya akan mengganggu kualiti tidur dan aktiviti seharian kita. Bagi mengawalnya kita biasanya akan ke farmasi atau berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat batuk seperti dextromethorphan, phlocodine, codeine.
Namun tahukah anda bahawa ubat batuk berkenaan mempunyai kesan sampingan terutamanya pada otak manusia.
Menurut Pegawai Farmasi Muhammad Iqbar bin Mohd Aris terlalu banyak pengambilan Dekstrometorphan boleh menyebabkan mabuk seperti minum minuman keras malah boleh menyebabkan hilang ingatan sementara. Sanggupkah anda berikannya pada anak anda.
Alternatif lain rawat batuk
Namun begitu ada alternatif lainnya dalam merawat gejala batuk dan selesema ini. Menurut Dr Rizal Abu Bakar ‘cough syrup’ ini tidak mempunyai kesan langsung pada otak manusia malah rasanya persis ubat batuk. Tujuannya adalah untuk keluarkan kahak dengan mudah. Berikut perkongsian beliau:

Caranya ialah:
1. Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.
2. Leraikan lapisan bawang tadi..
3. Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu..
4. Gaulkan biar rata..
5. Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam..
6. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu..
7. Ambil satu sudu dan minum.
Menurutnya lagi, “Cough syrup ini adalah homemade remedy untuk gejala batuk dan telah diguna pakai sejak sekian lama oleh masyarakat barat. Kalau anda ada gejala batuk bolehlah mencuba perkongsian oleh Dr Rizal ini ya, Selamat mencuba.