Anak saudara El Chapo dibunuh semasa berpesta

Kongsikan Artikel ini

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang anak saudara kepada raja dadah Mexico yang berpengaruh, Joaquin ‘El Chapo’ Guzman ditembak mati pada pagi Khamis lalu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Edel Guzman Martinez, 36, sedang berpesta di dataran utama di bandar Guadalupe y Calvo, dalam negeri Chihuahua ketika serangan berlaku.

Martinez dikejarkan ke hospital tempatan tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian kerana kecederaannya.

Sumber menteri dan tentera mengesahkan bahawa mangsa sebenarnya adalah anak saudara kepada El Chapo yang merupakan rajah dadah dan ketua Kartel Sinola sehingga penahanannya pada 2016.

Beberapa jam selepas Martinez dibunuh, Agensi Penyiasatan Negeri menerima laporan mengenai penemuan satu lagi mayat di bandar sama.

Lelaki tidak dikenali itu dikatakan berusia antara 25 hingga 30 tahun. Mangsa ditemui dengan kesan tikaman pada lehernya, demikian menurut blog berita, Borderland Beat.

Martinez merupakan subjek dalam genre muzik Mexico, narcocorrido. Irama itu menampilkan lirik sama berkaitan pengedaran dadah atau didedikasikan kepada raja dadah tertentu. Lagu tersebut diterbitkan oleh kumpulan Los Alegres del Barranco pada 2020.

Liriknya menjelaskan bahawa Martinez diberkan gelaran ‘El Cunado’ (abang ipar) apabila bapa saudara El Chapo memberinya ‘kunci’. – AGENSI

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.