Anwar, Ismail dan Shafie Antara Yang Disebut Calon Sesuai Jadi PM Baharu

Kongsikan Artikel ini


Jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu menggantikan tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi menjadi tanda tanya.

Muhyiddin yang baru sahaja secara rasmi meletak jawatan pada 16 Ogos, kini masih meneruskan tugas sebagai PM sementara calon baharu dilantik.

Menerusi artikel daripada Astro Awani, Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang dilihat sebagai calon kuat.

Difahamkan satu persetujuan telah dicapai untuk gabungan pembangkang bergerak dengan sokongan 105 Ahli Parlimen dan berusaha mendapat sokongan bagi membentuk kerajaan.

Selain, Anwar dan Shafie, bekas TPM dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri dari Perikatan Nasional.

SUMBER: ASTRO AWANI



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *