Anwar mengotakan janji pada saiz kabinet yang kecil

Kongsikan Artikel ini


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang media mengenai pengumuman kabinet kerajaan perpaduan di Putrajaya, hari ini.  - Foto: BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang media mengenai pengumuman kabinet kerajaan perpaduan di Putrajaya, hari ini. – Foto: BERNAMA

SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janjinya untuk mengurangkan saiz kabinet dengan melantik hanya 28 menteri dalam kerajaan perpaduan di bawah pentadbirannya.

Semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, seramai 28 menteri dan 27 timbalan menteri.

Manakala pada era Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri, terdapat 32 menteri dan 38 timbalan menteri mencatatkan jumlah barisan kabinet tertinggi dalam sejarah negara.

Dalam sidang media, hari ini, pelantikan kabinet melibatkan ahli parlimen daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Zahid juga memegang jawatan Menteri Luar Bandar dan Wilayah manakala Fadillah juga dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Beberapa pemimpin PKR yang mewakili PH termasuk timbalan presidennya Rafizi Ramli dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) manakala naib presidennya Nik Nazmi Nik Ahmad memegang portfolio Menteri Sumber Asli.

Anwar tidak mencipta portfolio Menteri Fungsi Khas tidak seperti kabinet sebelum ini.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri-menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan diadakan di Istana Negara pada 3 petang, esok (Sabtu).



sinardaily[dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *