Anwar Umum Senarai Penuh Jemaah Menteri, Zahid Sebagai TPM 1

Kongsikan Artikel ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi telah mengumumkan pembentukan barisan Kabinet selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seperti yang diramal segelintir pihak, jawatan Timbalan Perdana Menteri 1 diberikan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala Timbalan Perdana Menteri 2 diberikan kepada Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof.

Kesemua Jemaah Menteri akan mengangkat sumpah pada hari esok, jam 3 petang.

Senarai Jemaah Kabinet 2022

Berikut senarai Jemaah Menteri yang diumumkan Anwar untuk Kabinet Kerajaan Perpaduan :

Perdana Menteri/Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri 1 dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri 2 dan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Menteri Pengangkutan: Anthony Loke
Menteri Pertanian: Mohamad Sabu
Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli
Menteri KPKT: Nga Kor Ming
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamad Hasan
Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution
Menteri MITI: Datiuk Seri Utama Tengku Zafrul
Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Khaled Nordin
Menteri MOSTI: Chang Lih Kang
Menteri Wanita: Datuk Seri Nancy Shukri
Menteri KPDNHEP: Datuk Seri Salahuddin Ayub
Menteri JPM (Undang-undang): Datuk Seri Azalina Othman
Menteri Sumber Asli: Nik Nazmi
Menteri Pembangunan Usahawan: Datuk Ewon Benedick
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Zambry Kadir
Menteri Pelancongan: Datuk Seri Tiong King Sing
Menteri Komunikasi: Fahmi Fadzil
Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
Menteri Perpaduan:Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Agama: Dato Dr Naim Mokhtar
Menteri Belia: Hannah Yeoh
Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa
Menteri JPM (Sabah Sarawak): Armizan Mohamad Ali
Menteri Sumber Manusia: Sivakumar A/L Varatharaju Naidu

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *