Artis Elfira Loy alami tekanan, muntah, rasa dunia berputar, ramai begitu

Kongsikan Artikel ini

PETALING JAYA – Pelakon Elfira Loy terpaksa mendapatkan rawatan di hospital semalam disebabkan tekanan yang mencetuskan beberapa gejala sampingan.

Katanya, buat masa ini doktor memberikan ubat yang membolehkannya kembali tenang selain mendapatkan rehat secukupnya sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Masa untuk berehat. Hantaran ini adalah untuk mengingatkan diri bahawa tubuh badan saya perlukan rehat bila perlu dan terlalu banyak berfikir juga mampu menyakitkan saya.

“Gejala awal yang saya alami adalah berasa tidak stabil setiap lima hingga 10 minit.

“Sehari selepas itu, saya rasa lebih baik, tapi saya terlanggar cermin sisi satu kenderaan (ketika memandu), tapi sempat tarik.

“Tak sedar pun macam mana jadi. Saya teruskan juga dengan mesyuarat saya,” kongsinya menerusi hantaran Instagram.

Pemilik nama sebenar Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 28, itu mendedahkan keadaannya semakin teruk selepas cuba bertahan biarpun sudah berdepan simptom sakit sejak semalam.

“Keadaan bertambah teruk apabila saya mula mengalami cirit-birit dan muntah. Selepas mesyuarat, saya pulang ke rumah dan berehat.

“Kemudian saya pulang ke rumah ibu dan maklumkan padanya mengenai situasi yang sedang saya lalui.

“Masuk waktu Isyak, saya sakit perut dan terus ambil wuduk cepat-cepat. Namun ketika solat saya rasa susah nak bernafas selain sakit pada bahagian perut, disusuli muntah dua kali,” tambahnya.

Begitupun, disebabkan berdepan masalah vertigo ketika hendak tidur serta mengalami peluh sejuk, dia terus dikejarkan ke hospital.

“Sewaktu mahu tidur, saya rasa dunia berputar dan seperti dilanda ombak serta rasa nak terjatuh.

“Saya sangat takut sangat sebab saya masih pegang Aria (anak). Saya berpeluh pada malam itu. Itu yang saya terus pergi ke hospital,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu bersyukur apabila mengambil keputusan tepat dengan segera mendapatkan rawatan.

Malah berharap mereka yang mengenalinya mendoakan supaya diberikan kesembuhan selain tidak memerlukannya menjalani prosedur imbasan CT.

“Nasib baik semua keputusan pemeriksaan okey. Alhamdulillah. Saya cuma perlukan rehat dan minum banyak air.

“Tetapi kalau berterusan lagi (sakit) dalam tempoh dua hari, saya perlu melalui CT Scan yang mana itu perkara yang saya mahu elakkan. Mohon doakan saya,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.