AS beli pil antiradiasi RM1.35 bilion, sedia atasi bencana nuklear Vladimir Putin

Kongsikan Artikel ini


WASHINGTON – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) didakwa membeli pil antiradiasi yang direka khas untuk merawat gejala kesihatan akibat serangan nuklear susulan ancaman berterusan Presiden Vladimir Putin untuk menggunakan senjata pemusnah tersebut, lapor akhbar Daily Star.

Pegawai-pegawai AS telah membelanjakan AS$290 juta (RM1.35 bilion) untuk rawatan yang berpotensi menyelamatkan nyawa dengan mengurangkan pendarahan teruk akibat serangan nuklear.

Langkah itu dimaklumkan beberapa hari selepas seorang pakar tentera memberi amaran bahawa Russia ‘bimbang’ berhubung kegagalan tenteranya di Ukraine dan mungkin akan melancarkan senjata nuklear.

Putin berikrar bahawa beliau tidak berbohong dengan amaran nuklearnya dan mengancam untuk menggunakan ‘semua cara yang ada’ bagi meneruskan Kremlin.

Di sebalik ketegangan nuklear yang semakin meruncing, Washington bagaimanapun cuba memberi jaminan bahawa pil Nplate tersebut tiada kaitan dengan ancaman nuklear Putin. Pil itu digunakan untuk merawat sindrom sinaran akut (ARS) akibat radiasi. 

“Ini adalah sebahagian daripada kerja berterusan kami untuk kesiapsiagaan dan keselamatan radiologi. Ia tidak dipercepatkan oleh situasi di Ukraine,” kata jurucakap Jabatan Perkhidmatan Manusia (HSS) di Washington.

Ubat itu telah dikaji oleh HSS bersama syarikat farmaseutikal Novartis untuk melihat sama ada ia boleh menyelamatkan nyawa dalam serangan nuklear.

“ARS yang juga dikenali sebagai penyakit radiasi berlaku apabila seluruh badan seseorang terdedah kepada dos radiasi yang tinggi dan mencapai organ dalaman dalam beberapa saat.

“Gejala kecederaan ARS termasuk pembekuan darah terjejas akibat jumlah platelet rendah, yang boleh menyebabkan pendarahan tidak terkawal dan mengancam nyawa.

“Untuk mengurangkan pendarahan akibat radiasi, Nplate merangsang pengeluaran platelet badan. Ubat ini boleh digunakan untuk merawat orang dewasa dan kanak-kanak,” katanya. – Agensi





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *