ASNB Umum Agihan Pendapatan 2.74 sen ASN Imbang 1

Kongsikan Artikel ini
asnb
ASNB

AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB) pada Isnin mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 2.74 sen seunit bagi ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 1 (ASN Imbang 1) untuk tahun kewangan berakhir 30 November 2021. Ia melibatkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM27.46 juta bagi unit amanah harga berubah itu.

Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun mereka di portal myASNB (www.myasnb.com.my), melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 Disember 2021.

Sumber: ASNB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *