Bakar Kereta Marah Cinta Ditolak

Bakar Kereta Marah Cinta Ditolak
Kongsikan Artikel ini
Bakar Kereta Marah Cinta Ditolak
Cinta ditolak kereta dibakar, photo MG cctv

SERDANG – Marah cintanya ditolak, seorang lelaki bertindak membakar kereta milik seorang wanita dalam kejadian di Pangsapuri Seri Pagi, Taman Bukit Serdang di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 pagi ketika mangsa berada di rumah.

“Mangsa dihubungi jirannya semasa kejadian berlaku. Terkejut dengan berita itu,mangsa meluru turun dari rumahnya dan mendapati kereta miliknya sudah terbakar dan api sedang dipadamkan oleh pihak bomba.

“Hasil penelitian rakaman CCTV di lokasi kejadian, polis menahan seorang lelaki berumur 29 tahun di sekitar kawasan Bandar Kinrara, Puchong kerana disyaki terlibat dalam kejadian berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Baca juga artikel: Malu Bicara WhatsApp Bersama Kekasih Terpapar Semasa Pembentangan

Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan suspek menjadi berang apabila cintanya ditolak wanita berkenaan.

“Suspek berang akibat cintanya ditolak mangsa sejak setahun lepas,” katanya.

Menurutnya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Hasil ujian saringan suspek juga didapati negatif dadah.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: SinarHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *