Tebus bantuan e-dompet RM200 secara percuma melalui aplikasi Setel, penebusan boleh dilakukan mulai 26 Jun sehingga 31 Ogos 2023. Untuk makluman, Kementerian Kewangan telah melantik Setel yang merupakan platform mudah alih sebagai salah satu penyedia perkhidmatan e-dompet untuk program eBeliaRahmah 2023.
TEBUS BANTUAN E-WALLET RM200
Aplikasi Setel merupakan salah satu platform selain Touch N Go dan Boost yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan penebusan bantuan e-dompet pada tahun ini. Setel berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada menyokong program eBelia Rahmah.
Pelaksanaan inisiatif khas ini juga selaras dengan matlamat Setel untuk memupuk budaya masyarakat khususnya golongan belia untuk pembelian tanpa tunai. Secara tidak langsung mampu mempromosikan transaksi kewangan dalam bentuk digital yang lebih cekap dan selamat.
KREDIT E-WALLET BOLEH DIGUNAKAN
Untuk makluman, aplikasi Setel kini boleh digunakan di lebih 1.6 juta kedai runcit seluruh negara dan lebih 1,000 cawangan stesen minyak PETRONAS.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada belia yang layak menuntut bantuan e-dompet (eBeliaRahmah) melalui aplikasi Setel, mereka boleh membelanjakan jumlah tersebut. Mana-mana kedai yang memaparkan Setel, Duit now QR code dan mana-mana stesen PETRONAS.
KRITERIA PENEBUSAN
Mereka yang layak menebus bantuan e-dompet berjumlah RM200 secara percuma adalah seperti di bawah:
- Malaysia
- Berumur 18 hingga 20 tahun
Dilanjutkan kepada pelajar berstatus pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia
TARIKH RASMI DAFTAR & TEBUS RM200
Untuk makluman umum, kerajaan telah mengumumkan secara rasmi bahawa program bantuan kredit e-tunai belia rahmah. Akan bermula pada 26 Jun (8 pagi) sehingga tarikh tutup 31 Ogos 2023.
Info: Bantuan eBeliaRahmah ini boleh dituntut pada tarikh yang dinyatakan di atas. Selepas berjaya mendapat kredit percuma bernilai RM200, jumlah tersebut mesti digunakan sebelum 31 Ogos.
Kredit tidak boleh dipindahkan ke akaun e-dompet lain. Untuk menyemak maklumat penuh dan cara menebus, sila pergi ke laman rasmi eBeliaRahmah tekan sini
Sumber dipetik:
PortalMalaysia