Pelbagai cara telah diperkenalkan bagi megurangkan kos sara hidup rakyat Malaysia dan ianya telah diberikan kepada pejawat awam juga swasta yang berkelayakan.
Pemberian yuran subsidi sebanyak RM180 telah diperkenalkan bagi seorang anak unutk meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam yang perlu menghantar anak ke Taska untuk terus bekerja selepas mempunyai anak.
Kadar subsidi ini pula akan dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai tersebut berkhidmat namun mengiku pendapatan yang telah ditetapkan .
Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan Awam telah dinaikkan daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan yang man sekiranya kadar yuran melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya bagi yuran tersebut adalah ditanggung oleh pegawai berkenaan
- Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah
- Anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska
- Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan JKM
Cara Untuk Memohon
- Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
- Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.
- Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:
- Salinan penyata gaji
- Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak
- Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara
- Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri
- Salinan penyata gaji suami/isteri
- Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam
Sumber dipetik:
PortalMalaysia