Bantuan RM1,000 Akan Dibayar Secara Automatik Pada Februari Ini ~ Semak Senarai Penerima | Info Bantuan

Kongsikan Artikel ini


Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Mohon juga : Mohon Bantuan Barangan Dapur RM300 Sebulan Untuk Seluruh Rakyat Malaysia Pada Bulan ini

Semak juga : TERKINI : Kerajaan TelahPun Umum Bantuan Baru, Tidak Perlu Pengeluaran KWSP~ Semak Sini Sekarang!!

Antaranya memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada mereka yang layak.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan khas ini:-

Bantuan RM1000

Berdasarkan pengumuman Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari – Kerajaan Negeri bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan dua setengah bulan gaji bagi tahun 2022 dan 2023.

Advertisement

Bantuan khas buat pertama kali ini pada kadar sebulan gaji atau minimum RM1,000 telah dilaksanakan melalui Insentif Khas Rahmah Ramadan 2022 sempena Aidilfitri 1443H/ 2022.

Manakala bantuan khas kedua telah dibayar pada 29 Disember 2022 berjumlah sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Bagi bayaran ketiga, kadar setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 akan dibayar pada Februari 2023.

Bayaran bantuan ini akan diberikan kepada semua penjawat awam dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, sebagai usaha menghargai sumbangan mereka dan meringankan perbelanjaan persiapan persekolahan sesi 2023/2024 yang akan bermula pertengahan Mac ini.

Kaedah pembayaran

Pembayaran bantuan ini akan dibuat secara kredit terus atau automatik ke akaun bank penerima dan tidak melibatkan sebarang permohonan.

“Pemberian BKK ini dilaksanakan berdasarkan terma dan syarat ahli yang layak dalam garis panduan pemberian BKK yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM),” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.


Sumber dipetik:
PortalMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *