Bantuan Smart Sewa Selangor Khas B40 | Info Bantuan

Kongsikan Artikel ini


Skim Smart Sewa Selangor adalah inisiatif dari negeri Selangor untuk menangani masalah kenaikan harga rumah bagi memberi peluang untuk menyewa di negeri Selangor.

Tempoh sewaan minima selama 2 tahun akan diberikan pemulangan sewaan sebanyak 30 peratus daripada jumlah sewaan bersih yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan dan tempoh maksima sewaan adalah 5 tahun.

Melalui Skim Smart Sewa Selangor ini, ianya akan memberi manfaat kepada pembeli untuk menyewa pada kadar berpatutan berbanding harga sewa pasaran.

Bantuan Smart Sewa Selangor Khas B40 1

Syarat Kelayakan


  1. Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
  2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
  3. Pendapatan seisi keluarga iaitu;
    • tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah;
    • tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah;
  4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
  5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
  6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.

Tempoh Sewaan


  • Maksimum 5 tahun
  • Minimum 2 tahun

Lokasi Projek

Berikut merupakan lokasi projek yang anda boleh mohon:

  • Pangsapuri Gapura Bayu, Jade Hills, Kajang
  • Pangsapuri Asteria, Bandar Parklands, Klang
  • Pangsapuri Damai Utama, Bandar Kinrara, Puchong
  • Pangsapuri Arista, Bandar Parklands, Klang
  • Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16, Shah Alam
  • Pangsapuri Azaria, Bandar Parklands, Klang
  • Pangsapuri Trifolis, Bandar Bukit Tinggi 2, Klang
  • Pangsapuri Idaman Abadi, Klang
  • Pangsapuri Harmoni, Putra Heights
  • Pangsapuri Serunai, Bukit Raja
  • Pangsapuri Aranda, Kota Kemuning
  • Pangsapuri Kemuning Idaman, Kemuning Utama
  • Pangsapuri De Cemara, Setia Alam
  • Pangsapuri Putra Prima, Puchong

Cara Mohon

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh menghantar permohonan untuk skim sewaan ini melalui salah satu cara di bawah:

  1. Permohonan adalah secara dalam talian di laman web SSIPR di alamat >> https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register 
  2. Daftar akaun anda terlebih dahulu
  3. Selepas melengkapkan pendaftara, log masuk ke akaun anda
  4. Lengkapkan segala butiran yang diminta dan hantar permohonan
  5. Muat turun permohonan melalui laman web >> BORANG DAFTAR
  6. Print borang permohonan anda
  7. Lengkapkan segala butiran yang diminta dalam borang permohonan tersebut.
  8. Hantarkan borang beserta dokumen lengkap ke alamat dibawah:
  • Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
    Tingkat 5, Podium Utara,
    Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
  • atau scan dan emel ke: [email protected]

Setiap pemohon akan ditemuduga terlebih dahulu.

Maklumat Lanjut

Sila hubungi pegawai bertugas di talian seperti dibawah:

Bantuan Smart Sewa Selangor Khas B40 2


Sumber dipetik:
PortalMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *