Bantuan Terkini Ewallet RM300 Setiap Bulan Untuk B40 | Info Bantuan

Kongsikan Artikel ini


Bantuan Terkini negeri Selangor, program pemberian bantuan kehidupan sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS. Perlaksanaan bantuan ewallet khas ini melibatkan peruntukan sekitar 108 juta dan akan memberi manfaat kepada 30,000 penerima layak.

Kepada pemohon yang layak, mereka boleh menggunakan insentif istimewa ini untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan dengan amaun yang diberikan.

Kadar Bantuan

Untuk Makluman, kadar bantuan BINGKAS berjumlah RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Dengan adanya insentif tambahan ini dapat membantu mengurangkan beban isi rumah yang kurang berkemampuan.

Syarat Kelayakan


  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM3,000 ke bawah/ Kumpulan B40
  • Isi rumah/ Keluarga yang mempunyai tanggungan anak dibawah umur 18 tahun
  • Lahir di Selangor atau menetap lebih daripada 10 tahun di Selangor
  • Pemilih berdaftar

Cara Mohon

Permohonan boleh dibuat di laman rasmi BINGKAS – Boleh KLIK DISINI

Sila sediakan dokumen yang diperlukan seperti di bawah :

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (Jika ada)
  2. Salinan kad pengenalan, MyKid, Sijil lahir tanggungan/ anak
  3. Salinan sijil kematian, penceraian atau surat laporan polis (Untuk kategori ibu bapa tunggal)
  4. Salinan slip gaji (Untuk penjawat awam)
  5. Salinan penyata EA atau KWSP (Untuk pekerja swasta)

Untuk bekerja sendiri atau tidak bekerja perlu sertakan surat pengesahan pendapatan dari ketua komuniti


Sumber dipetik:
PortalMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *