Beberapa pemimpin Umno mengalami sindrom penafian, kata Ismail Sabri selepas PRU15

Kongsikan Artikel ini


Bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri.  Foto: Rosli Talib

Bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri. Foto: Rosli Talib

SHAH ALAM – Beberapa pemimpin Umno mengalami sindrom penafian dengan tanggapan bahawa orang Melayu masih memerlukan mereka, kata naib presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Didalam Fireside Chat oleh Sinar Dailykatanya Umno adalah parti Melayu terbesar dengan 3.5 juta ahli tetapi hanya 34 peratus undi Melayu.

“Saya tidak mahu melabelkan mereka sebagai keras kepala atau degil, tetapi mereka pastinya menafikan,” katanya.

“Ramai dalam kalangan mereka masih beranggapan orang Melayu memerlukan Umno sedangkan sebenarnya kita hanya mempunyai 34 peratus undi Melayu walaupun parti Melayu terbesar,” katanya lagi.

Bekas perdana menteri itu berkata Perikatan Nasional menguasai 54 peratus undi Melayu dan berdasarkan ini sahaja jelaslah siapa yang benar-benar mampu memancing undi Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada PRU15 tahun lalu pada 19 Nov, Umno mengalami kekalahan paling teruk pada pilihan raya negara, hanya memenangi 26 kerusi parlimen berbanding 54 yang dimenanginya pada PRU14.

Bagaimanapun, parti itu akhirnya berjaya membentuk kerajaan bersama PH kerana PRU15 berakhir dengan parlimen yang tergantung di mana tidak ada satu parti pun yang mempunyai jumlah yang mencukupi untuk membentuk kerajaan sendiri.


Sumber dipetik:
sinardaily[dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *