Beberapa Pengguna Unifi Dakwa Alami Gangguan Masalah Internet

Kongsikan Artikel ini


Beberapa pengguna media sosial yang terdiri daripada pelanggan Unifi mendakwa sedang mengalami masalah internet.

Antara masalah yang dihadapi adalah kegagalan menggunakan aplikasi seperti Discord, Roblox, Telegram, dan Line selain gagal mengakses sesetengah laman.

Malah ada di kalangan pengguna turut mendakwa indikasi butang LED pada modem turut bertukar menjadi warna merah.

Semakan kami di ruangan komen Unifi turut menemukan beberapa komen yang memaklumkan perkara sama.

Bahkan kami di BuzzKini turut berdepan isu sama apabila cubaan beberapa kakitangan untuk mengakes beberapa laman termasuk Buzzkini.com tidak berhasil sebaik menggunakan wifi Unifi.

Namun tiada sebarang masalah yang timbul sebaik menggunakan hotspot dari data penyedia perkhidmatan yang lain.

Setakat ini aduan diterima dari mereka yang menetap Lembah Klang seperti di Sri Damansara, Ampang, Seri Kembangan dan Seremban, Negeri Sembilan.

Pihak kami akan mengemaskini sekiranya terdapat sebarang kenyataaan yang dikeluarkan pihak Telekom Malaysia atau Unifi berhubung isu ini.




Sumber dipetik:
Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *