Bekas Hakim Terkemuka, Gopal Sri Ram Meninggal Dunia

Kongsikan Artikel ini


Timbalan Pendakwa Raya Kanan (TPR), Datuk Seri Gopal Sri Ram dilaporkan meninggal dunia hari ini, 29 Januari.

Menurut FMT, pemergian bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu disahkan oleh kenalan rapat mendiang sendiri.

DIfahamkan Gopal telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta sekitar dua minggu lalu bagi mendapatkan rawatan akibat jangkitan paru-paru.

Sebagai info, Gopal Sri Ram merupakan Timbalan Pendakwa Raya Kanan bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga merupakan pendakwa utama bagi kes rasuah projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion melibatkan isteri Najib iaitu DatinSeri Rosmah Mansor.

Mendiang yang berusia 79 tahun merupakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum mengumumkan persaraannya pada Februari 2020.

Sebelum mengendalikan Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi di negara ini, mendiang berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan selama 15 tahun.

Gopal Sri Ram yang lahir pada 16 Ogos 1943 cukup dikenali sebagai seorang hakim yang adil dan pantas dalam membuat penghakiman secara lisan.

Malah beliau juga adalah peguam pertama dari firma swasta yang telah dilantik terus ke Mahkamah Rayuan sewaktu ia diwujudkan pada 1994.




Sumber dipetik:
Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *