Bekas Ketua Perisik, Hasanah Abdul Hamid Meninggal Dunia

Kongsikan Artikel ini


Bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat, 5 Mei sekitar jam 12.30 tengah hari.

Menurut MalaysiaKini yang memetik sumber kerajaan, Allahyarhamah Hasanah, 66, sebelum ini bertarung dengan penyakit kanser.

Memetik laporan sama, Allahyarhamah akan dikebumikan di Pusara Taman Raudhatul Jannah KLM selepas disolatkan di Surau Al Ikhwan Desa Pinggiran Putra, Kajang.

Pada 25 Oktober 2018, Hasanah telah berdepan pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan AS$12.1 juta (RM50.4 juta) sewaktu menjawat jawatan kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Bahagian Penyelidikan JPM di antara 30 April dan 9 Mei 2018.

Hasanah didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Namun pada 9 Ogos 2022, beliau dibebaskan dan dilepaskan sepenuhnya dari pertuduhan tersebut.

Menurut Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain, keputusan itu diambil selepas mahkamah mendapati adalah tidak adil untuk membiarkan pertuduhan terhadap Hasanah tergantung begitu sahaja.




Sumber dipetik:
Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *