Bekas setiausaha, bendahari Umno bahagian seleweng wang parti lebih RM600,000 untuk kegunaan peribadi

Kongsikan Artikel ini


Dua individu yang pernah memegang jawatan sebagai setiausaha dan bendahari Umno didakwa menyeleweng wang parti lebih RM600,000 pada tahun 2018 untuk kegunaan peribadi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang telah menahan reman dua individu tersebut selama tujuh hari bagi membantu siasatan selepas menerima aduan mengenai penyalahgunaan kuasa ketika mereka memegang jawatan itu.

Lapor Berita Harian, permohonan reman terhadap suspek lelaki yang masing-masing berusia 59 dan 73 tahun itu dibuat di Mahkamah Majistret Georgetown hari ini dan akan ditahan reman sehingga 19 September depan.

Sekitar 2018, kedua-dua lelaki berkenaan disyaki bersubahat dalam menggunakan kedudukan mereka bagi mendapatkan wang rasuah menerusi pengeluaran wang daripada akaun bank milik Umno Bahagian.

Wang terbabit dipercayai bagi kegunaan diri mereka sendiri serta syarikat milik mereka iaitu sebuah yayasan dan kebajikan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM600,364.87.

Kedua-duanya adalah pengarah kepada yayasan itu.

Kedua-dua suspek itu ditahan di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang pada pukul 8.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Kedua-dua suspek diwakili peguam, Noorhisham Shaidi dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Baca juga: Najib tidak akan dihantar ke IJN kerana banduan hanya akan dirawat di hospital kerajaan

Baca juga: ‘Kenapa tak boleh bawa mak?’-Generasi sekarang ada yang tak tahu ibu bapa tak boleh ikut masa temu duga



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *