
Kerajaan telah mengumumkan satu lagi program e-dompet untuk belia yang dikenali sebagai eStart di bawah Belanjawan 2022 yang memperuntukan sebanyak RM300 juta melibatkan penerima berusia antara 18 hingga 20 tahun, serta pelajar pengajian tinggi sepenuh masa.
Melalui eStart, sebanyak RM150 akan didepositkan ke dalam akaun e-dompet individu yang layak secara one-off. Walaupun belum mempunyai butiran lanjut mengenai perkhidmatan e-dompet ini menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Aziz, program itu dijangka memberi manfaat kepada dua juta belia di seluruh negara.
Sumber: Teks BelanjawanBajet 2022, Parliamen Malaysia / YouTube.