‘Belasah kepala korang’ tu tujuan ‘mencuci’ otak, bukan kurang ajar-Rosyam pertahan kenyataannya

Kongsikan Artikel ini


Pelakon, penerbit dan usahawan terkenal, Rosyam Nor mempertahankan perkataan ‘belasah kepala korang’ bertujuan ‘mencuci otak’ bukannya bersikap kurang ajar.

Walaupun ia dianggap kasar bagi Rosyam ia diluahkan dengan niat yang baik diharap dapat membuka minda pihak yang berkenaan agar sentiasa berfikiran positif dan tidak selesa dengan apa yang mereka capai.

‘Mari ramai-ramai hadirkan diri…’ Saya yakin takkan ada orang nak datang kalau promosi dibuat begitu.

“Apabila saya kata ‘belasah kepala korang’ tu, takkanlah saya nak pukul betul-betul. Dari segi psikologi, saya nak apa yang saya cakap tu membuka minda orang ramai.

“Perkataan belasah kepala yang saya sebut tu sebenarnya bertujuan ‘mencuci’ otak. Saya memang agak kasar tapi bukan kurang ajar. Jadi, tak timbul isu saya menjatuhkan martabat kaum wanita,” katanya dipetik Malaysiakini.

Kaedah ‘cuci otak’ itu katanya sudah biasa diguna pakai olehnya sebelum ini sebagai daya penarik untuk menanam minat orang ramai agar cintakan semangat keusahawanan.

“Program yang saya jalankan adalah untuk memberi semangat dan kesedaran buat kaum wanita dari golongan B40 atau mereka yang baru berjinak-jinak dalam industri kecil dan sederhana (IKS) supaya bangkit dalam perniagaan,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh menyifatkan video berkenaan yang dianggap bersifat publisiti murahan dan memalukan.

Apatah lagi menurut Hannah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun yang hanya tersenyum ketika peranan wanita diperlekehkan melalui promosi tersebut.

Susulan kenyataan Hannah itu, Rosyam meminta agar isu tersebut tidak dipolitikkan kerana ia hanya bahan untuk kempen mempromosi program KPWKM.

“Tak usah politikkan kenyataan saya dengan menteri berkenaan. Saya nak tegaskan, bukan minat saya untuk menyertai politik sebab saya lebih gemar bidang keusahawanan.

“Saya sendiri datang daripada golongan B40. Saya bersyukur video tu tular sebab fokus saya untuk kejutkan orang ramai daripada ‘tidur’ jadi kenyataan,” ujar Rosyam.

Terdahulu, tular video di akaun TikTok Rina bagi mempromosikan program Keusahawanan Wanita Bangkit @ KPWKM.

Ia merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur semalam.

Baca juga: Kenapa jurutera ini mempertahankan tindakan Maybank sewa bangunan PNB 118 sebanyak 33 tingkat, ini rasionalnya

Baca juga: Bakal warisi estet diraja dengan nilai RM5.2 bilion, Putera William akan jadi lebih kaya



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *