Berapa Nilai Hadiah Piala Dunia Qatar

Kongsikan Artikel ini

Perlawanan akhir Piala Dunia Qatar mempertemukan juara Amerika Selatan menentang juara bertahan dunia, Argentina melawan Perancis bagi merebut gelaran terbaik dunia yang akhirnya dimenangi oleh Argentina.

Nilai Hadiah Piala Dunia Qatar! 1

Namun yang menjadi tanda tanya berapakah nilai hadiah yang ditawarkan bagi setiap peringkat?

Wang hadiah untuk pasukan yang mengambil bahagian di Piala Dunia 2022 yang sedang berlangsung di Qatar adalah berjumlah sebanyak ASD440 juta.

Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar – Akhirnya Piala Dunia Milik Messi Dan Argentina!

Nilai Hadiah Piala Dunia Qatar!

Kejohanan 2022 menampilkan 32 pasukan dari pelbagai negara di seluruh dunia. 13 negara dari Eropah, lima pasukan Afrika, empat negara Amerika Utara, empat negara dari Amerika Selatan dan enam negara dari Asia.

Pasukan yang tersingkir di peringkat kumpulan iaitu Qatar, Ecuador, Wales, Iran, Mexico, Arab Saudi, Denmark, Tunisia, Kanada, Belgium, Jerman, Costa Rica, Serbia, Cameroon, Ghana dan Uruguay semuanya memperoleh ASD9 juta setiap satu pasukan.

Bagi pasukan yang berjaya mara ke pusingan 16 iaitu Amerika Syarikat, Senegal, Australia, Poland, Sepanyol, Jepun, Switzerland serta Korea Selatan semuanya telah memperoleh ASD13 juta setiap satu pasukan.

Empat pasukan yang tersingkir di pusingan suku akhir iaitu England, Portugal, Belanda dan Brazil telah membawa pulang ASD17 juta (RM75 juta).

Maghribi yang menamatkan perlawanan ditempat keempat memperoleh ASD25 juta (RM110 juta) manakala Croatia memperoleh ASD27 juta (RM119 juta).

Nilai Hadiah Piala Dunia Qatar! 2

Finalis yang tewas iaitu Perancis telah membawa pulang ASD30 juta (RM132 juta) manakala pemenang iaitu Argentina pada perlawanan terbesar bola sepak tersebut memperoleh ASD42 juta (RM185 juta) berserta status selaku juara dunia.

Sebelum 2006, pasukan yang memenangi Piala Dunia tidak pernah mengaut lebih daripada ASD10 juta dengan juara 1982 Itali pergi dengan anggaran ASD2.2 juta atas usaha mereka.

Pada tahun 2002, terdapat dorongan besar daripada pasukan kebangsaan untuk FIFA meningkatkan hadiah wang yang ditawarkan. Berikut adalah hadiah wang yang dimenangi sejak 1982 sehingga 2022;

Edisi 1982(ASD 2.2juta), 1986(ASD 2.8juta), 1990(ASD 3.5juta), 1994(ASD 4juta), 1998(ASD 6juta), 2002(ASD 8juta), 2006(ASD 20juta), 2010(ASD 30juta), 2014(ASD 35juta), 2018(ASD 38juta),2022 (ASD 42juta).

Bagi Lionel Messi, Kylian Mbappe dan 20 pemain lain yang turun padang di Stadium Lusail, bagaimanapun, wang bukanlah masalahnya tetapi gelaran yang lebih penting.





Sumber dipetik:
PortalMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *