KOTA BHARU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan berkata mereka tidak mengetahui tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun parti itu.
Bagaimanapun, Pengerusi Badan Pengurus (BPN) Bersatu Kelantan Datuk Kamaruddin Md Noor berkata Bersatu Kelantan tidak akan berahsia jika mereka disiasat.
“Kami bukan parti ‘underground’ dan kami sentiasa bersedia jika ada pihak yang mahu menjalankan siasatan,” katanya kepada Sinar.
Enggan mengulas lanjut, Kamaruddin berkata biar Bank Negara menyiasat lebih lanjut.
“Saya tidak mengulas mengenai perkara ini dan saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara ini dan tidak juga dimaklumkan oleh Bersatu atau bank,” jelasnya.
Terdahulu, sumber dalaman parti itu mengesahkan akaun Bersatu dibekukan oleh SPRM.
Sumber dipetik:
sinardaily[dot]my