Best Ke Taman Tema Air SplashMania? Ini Ulasan Kami

Kongsikan Artikel ini


Tidak dapat dinafikan taman permainan air antara destinasi utama yang sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk berhibur bersama keluarga dan rakan-rakan.

Malah ia akan menjadi lebih meriah ketika hujung minggu atau musim cuti sekolah memandangkan aktiviti air merupakan salah satu kegemaran rakyat Malaysia sejak dahulu lagi.

Terbaharu Gamuda Land secara rasmi telah membuka taman tema air pertamanya, SplashMania Waterpark yang terletak di Bandar Gamuda Cove, Banting.

Taman tema seluas 18 ekar itu akan menyediakan 24 gelongsor air serta 15 tarikan utama yang pastinya menambahkan keterujaan para pengunjung.

SplashMania Terletak Di Lokasi Strategik Lebuhraya Elite

Untuk pengetahuan anda, lokasi Gamuda Cove adalah begitu strategik iaitu di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di koridor selatan Lembah Klang, serta jaraknya yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Kalau anda melalui Lebuhraya Elite, pastinya replika kapal yang menjadi ikonik di SplashMania akan menjadi tumpuan pengguna jalan raya kerana ia boleh dilihat dari jarak jauh kerana saiznya yang cukup besar.

Waktu operasinya pula dari jam 10 pagi hingga 6 petang, setiap hari kecuali Selasa (namun akan dibuka jika jatuh pada cuti umum).

Baca artikel berkaitan: Gamuda Land Bakal Buka Taman Tema Air SplashMania Pada Januari 2023

Team BuzzKini berkunjung ke SplashMania

Bersempena dengan pra-pembukaannnya, team BuzzKini telah dijemput untuk berkunjung ke Taman Tema Air SplashMania.

Terdiri dari 7 rakan sekerja bersama seorang anak kecil, masing-masing teruja untuk mencuba pelbagai jenis tarikan utama dan gelongsor air yang menarik di sini.

Kemudahan Di Taman Tema Air SplashMania

Mesti ada yang tertanya-tanya, jika bawa bang dan barangan lain nak simpan di mana? Jangan risau, SplashMania ada menyediakan ruang penyimpanan dengan tiga saiz iaitu kecil, sederhana dan besar berharga RM10 kepada para pengunjung.

Pembayaran pula menggunakan wang tunai sahaja ya.

Foto: BuzzKini/TRP

Seperti taman tema air yang lain juga, ruang persalinan serta tandas turut disediakan untuk membolehkan para pengunjung menukar pakaian mereka dengan selesa. Kalau anda nak mandi, pastikan bawa sabun atau syampu sendiri ya kerana pihak mereka tidak menyediakan kelengkapan itu.

Untuk pengunjung beragama Islam, kalau nak solat pun boleh juga kerana mereka menyediakan surau lelaki dan juga wanita.

Kalau anda ingin mengisi perut sebelum melakukan sebarang aktiviti air, mereka juga mempunyai kafe yang menjual makanan dan minuman.

Foto: BuzzKini/TRP

Sama seperti mana-mana taman tema, harga makanan dan minuman di kafe ini agak mahal jika dibandingkan dengan restoran di luar.

Harga set pizza saiz kecil dengan air Coke yang kami beli berjumlah RM20.80.

Pengunjung boleh membuat pesanan makanan di kaunter dan menunggu sehingga nombor anda di panggil oleh pelayan.

Foto: BuzzKini/TRP

Jika semua sudah bersedia, jom kita mula terokai SplashMania!

Team TRP Dah Mandi-manda Di SplashMania. Gelongsor Berlampu Ya! [Review]
Foto: Farahin Fadzil/TRP

Apa Yang Ada Di Taman Tema Air SplashMania?

Apabila sudah menaiki jambatan yang berada di bahagian tengah berhadapan dengan pintu masuk, mesti ramai yang rambang mata tak tahu nak main gelongsor yang mana satu.

Memang tak tipu, banyak ya gelongsor air dan tarikan mereka di SplashMania termasuklah gelongsor air multimedia dan audio sepanjang 78 meter yang dilengkapi dengan pelbagai kesan cahaya LED.

Antara gelongsor air dan tarikan yang sudah dibuka untuk para pengunjung adalah:

  1. Whoopa Loopa
  2. Titanic Experience
  3. Amazonia
  4. Omba’King Cove
  5. Surf Mania
  6. Rainforest-Style Rapids
  7. Whacka Boom Boom
  8. Rush Havoc
  9. Shaka Waka
  10. Plunge
  11. Sumaumeira Drop
  12. Wild Rush
  13. Maniac Racers
  14. Twin Turbo
  15. Typhoon Terror
  16. Curl & Swirl
  17. Swaggy’s Cliff
  18. Splash Sploosh
  19. Tiny Twista
  20. Mini Monsta
  21. Mini Mania
  22. Treasure Tower
  23. Wave Ball Pool

Taman Tema Air SplashMania: Rainforest-Style Rapids

Team TRP Dah Mandi-manda Di SplashMania. Gelongsor Berlampu Ya! [Review]
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Tarikan pertama yang kami cuba adalah Rainforest-Style Rapids. Kalau anda feeling-feeling nak ‘healing’ sambil duduk atas pelampung, tarikan ini memang sesuai. Airnya pun boleh tahan deras juga ya. Tak perlu tolak, memang pelampung itu akan bergerak dengan sendiri.

Kami sendiri pun hampir ditolak oleh arus air ketika tidak memegang mana-mana pelampung.

Di Rainforest-Style Rapids yang berbentuk bulat ini, ada beberapa jenis elemen menarik seperti:

  • Savage Ravage
  • Secret Lair
  • Donut Rapids
  • Bubbly Dip
  • Monsoon
  • Pinnacle Creek
  • Rain Shooters
  • Happy Feet and Wave Ball Pool

Yang paling mencabar adalah ketika anda melalui Rain Shooters kerana air akan terpancut keluar dan menyerang anda di bahagian kiri dan kanan.

Hati-hati kerana air pancutan itu agak menyakitkan. Jadi apa yang kami lakukan ialah tutup muka atau lindungi muka dengan tangan ketika melalui kawasan itu.

Taman Tema Air SplashMania: Treasure Tower

Team TRP Dah Mandi-manda Di SplashMania. Gelongsor Berlampu Ya! [Review]
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Di Treasure Tower, terdapat pelbagai jenis gelongsor air yang sesuai untuk golongan kanak-kanak.

Ada gelongsor pendek dan juga panjang. Ada di antaranya yang mempunyai lampu LED berwarna-warni. Memang seronok dan tak puas kalau naik sekali je.

Tumpuan utama di Treasure Tower adalah replika baldi terletak di atas sekali yang akan melimpahkan air ke bahagian bawah ketika ia sudah dipenuhi dengan air.

Nak naik ke beberapa bahagian ‘tower’ itu juga perlu berhati-hati ya kerana terdapat percikan air dari bawah yang bergerak naik ke atas.

Taman Tema Air SplashMania: Wild Rush

Team TRP Dah Mandi-manda Di SplashMania. Gelongsor Berlampu Ya! [Review]
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Antara tarikan menarik yang menjadi tumpuan utama di SplashMania adalah Wild Rush.

Untuk pengunjung yang ingin mencuba permainan Wild Rush ini, kami nak bagitahu siap-siap yang kolamnya berkedalaman tiga meter.

Selepas anda berpusing-pusing di dalam gelongsor, anda mungkin agak terkejut kerana tiba-tiba keluar dari gelongsor dan terjatuh ke dalam kolam yang dalam.

Mengikut pengalaman dari salah seorang team kami berketinggian 164 sentimeter, kakinya tidak dapat memijak lantai kolam.

Tapi jangan risau, ada life guard di situ untuk membantu anda.

Harga Tiket ‘Early Bird’ SplashMania Hingga 31 Mac Ini

Kepada anda yang ingin mencuba sendiri tarikan menarik di SplashMania, para pengunjung boleh menikmati tiket ‘early bird’ bermula pada harga RM63 untuk kanak-kanak dan warga emas manakala orang dewasa dan mereka yang berketinggian melebihi 120cm boleh membeli tiket pada harga RM79.

Harga tiket ‘early bird’ ini hanya ditawarkan sehingga 31 Mac 2023 sahaja.

BACA JUGA: Taman Tema Air SplashMania Perkenal Harga ‘Early Bird’ Serendah RM63 Hingga 31 Mac!

Taman Air SplashMania dibuka pada pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari kecuali Selasa melainkan ia jatuh pada hari cuti umum atau sekolah.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh KLIK SINI.

.




Sumber dipetik:
Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *