Malu Bicara WhatsApp Bersama Kekasih Terpapar Semasa Pembentangan

Kongsikan Artikel ini
Bicara  WhatsApp bersama kekasih terdedah ketika sesi pembentangan
Pelajar terbuka paparan perbualannya bersama kekasih menerusi aplikasi WhatsApp. – TikTok

Bicara WhatsApp bersama kekasih Terpapar ketika sesi pembentangan...

JAKARTA – Gara-gara terlupa menutup paparan perbualan Whatsapp bersama teman wanitanya, seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di Indonesia menjadi tular ekoran perbualan romantisnya dapat dibaca oleh rakan sekelas ketika sesi pembentangan diadakan, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan satu klip video yang dimuat naik di TikTok, pelajar lelaki tersebut sedang berdiri di hadapan kelas sambil melakukan pembentangan menggunakan layar projektor.

Tanpa disengajakan, dia membukapaparan perbualan bersama teman wanitanya menerusi aplikasi WhatsApp.

“Teruskan semangat ketika belajar, sayangku,” tulis perbualan  dengan teman wanitanya.

Ianya telah mengundang gelak ketawa dalam kalangan pensyarah dan rakan-rakan sekelasnya yang menyorak apabila membaca perbualan tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima lebih 1.6 juta tontonan beserta 74,000 tanda suka setakat 30 November 2021 ini.

“Rasa malu yang tidak dapat dibendung sehingga ke tulang hitam,” kata seorang netizen.

“Sampai begitu sekali pensyarahnya ketawa,” komen seorang lagi. – Agensi

Kredit: Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *