‘Bidadari Syurga Saya Pergi Buat Selamanya’ Shuib Redha Atas Pemergian Siti Sarah

Kongsikan Artikel ini


Selepas lebih 40 jam bertarung nyawa, penyanyi Siti Sarah mengehmbuskan nafas terakhirnya pada hari ini, 9 ogos tepat jam 5.13 pagi.

Berita sedih itu disampaikan sendiri oleh suaminya Shuib di Instagramnya. Sarah dan Shuib sebelum ini disahkan positif covid19, namun Sarah dikejarkan ke hospital pada hari terakhir kuarantin mereka selepas paras oksigennya menurun.

Sarah yang sarat hamil kemudian menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi dalam kandungan. Bayi lelaki pramatang itu dilahirkan pada 7 Ogos dan diberikan nama Ayash Affan.

Semalam, ketika sesi bacaan surah Yasin bersama media dan rakan terdekat, Shuib memberitahu paras oksigen Sarah menurun ke 40% dan berharap orang ramai terus mendoakan kesihatan isteri tercinta.

Salam takziah buat Shuib dan keluarga. Semoga roh allahyarhamah Siti Sarah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yang beriman. Al-Fatihah.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *