BKM Tambahan RM500 : Semak Kategori Yang Layak ~ Semak Sini ! | Info Bantuan

Kongsikan Artikel ini



Tambahan BKM sebanyak RM500 adalah bayaran tambahan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia pada tahun 2022. Untuk makluman anda, tidak semua kategori akan menerima bayaran tambahan ini. Ia terhad kepada penerima yang berkelayakan.

Mohon juga : Bantuan Warga Emas RM500 ~ Semak Kelayakan Disini !

 

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Inisiatif khas dalam bentuk bantuan kewangan ini telah diperkenalkan pada 2022 oleh kerajaan. Untuk makluman, bantuan ini telah melibatkan tabung bantuan terbesar pada tahun ini. Bantuan BKM ini diberikan kepada hampir majoriti rakyat Malaysia khususnya kepada golongan sasar iaitu b40 dan golongan miskin tegar.

Tidak ketinggalan, kumpulan m40 turut terlibat tetapi jumlah bayaran lebih rendah berbanding kategori lain. Ini kerana bantuan ini lebih memfokuskan kepada golongan yang memerlukan pada tahun ini.

Untuk makluman, melalui program BKM ini terdapat bayaran bantuan tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada kategori tertentu.

KATEGORI LAYAK MENERIMA BAYARAN TAMBAHAN

Bagi pengetahuan umum, bayaran tambahan tunai BKM hanya diberikan kepada kategori isi rumah yang berstatus (IBT) ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan anak dan kategori warga emas.

KADAR BAYARAN TAMBAHAN

Di bawah adalah kadar bayaran bkm tambahan yang diberikan kepada kategori seperti berikut:

  • Penerima BKM kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM 500
  • Penerima BKM kategori isi rumah berstatus Warga Emas akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM 300.

JADUAL PEMBAYARAN

Untuk makluman, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini disalurkan secara berperingkat seperti jadual dibawah:

  • Fasa 1 : Pembayaran bermula 28 Mac 2022 secara berperingkat
  • Fasa 2 : Pembayaran bermula bulan Jun 2022 secara berperingkat
  • Fasa 3 : Pembayaran bermula bulan September 2022 secara berperingkat
  • Fasa 4 : Pembayaran bermula bulan Disember namun telah diawalkan pada 15 November 2022 secara berperingkat.

CARA SEMAK STATUS BAYARAN

Bagi anda yang ingin menyemak sama ada anda layak menerima bayaran tambahan RM 500 atau tidak. Sila layari portal rasmi MyBKM – SEMAK DI SINI

Bagi penerima BKM yang tidak mempunyai akaun bank, anda boleh menebus bayaran bantuan di cawangan BSN berhampiran anda mengikut jadual pembayaran.

INFO LANJUT

Selain daripada bantuan BKM dan tambahan ini, terdapat bantuan lain yang disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini bagi golongan yang kurang bernasib baik dari segi kewangan. Sila semak senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – KLIK DISINI untuk rujukan.





Sumber dipetik:
PortalMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *