Buat Sendiri Roti Canai Homemade, Tak Perlu Tebar Tapi Tetap Nipis & Garing

Kongsikan Artikel ini


roti canai homemade

Roti canai merupakan sarapan yang sangat sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia.

Lagi-lagi roti canai yang ditebar nipis. Memang rangup sungguh, cicah dengan kuah kari dan dal.

Rupanya mudah saja kalau anda nak cuba buat sendiri roti canai di rumah. Jangan risau kalau tak pandai tebar, ada cara supaya ia menjadi nipis elok.

Jom baca perkongsian oleh Puan Rahman Rosmin di bawah.

Resipi Roti Canai Homemade

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan air (anggaran sahaja, tuang sedikit-sedikit sehingga menjadi doh)

Cara-cara:

1. Satukan susu, telur, garam dan air. Kacau sampai larut.

2. Masukkan tepung dan minyak dalam bekas. Kemudian tuang bancuhan susu tadi sambil uli sehingga menjadi doh yang licin dan lembut.

3. Buat bulat-bulat anggaran 75g-80g setiap bola.

4. Sapu setiap bola dengan marjerin dan letak dalam bekas. Tuang sedikit minyak masak. Perap adunan selama 6-7 jam atau semalaman. Paling kurang 4 jam dah boleh tebar.

5. Kalau tak pandai tebar, tarik-tarik sahaja belakang dulang macam mak-mak kita buat dulu. Yang penting jadi nipis.

6. Kemudian goreng seperti biasa, minyak jangan terlalu banyak.

Kredit: Rahmah Rosmin

Baca juga: Jom Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade. Dijamin Sedap, Bersih & Halal



Source link
MyResipi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *