Budak 10 tahun lemas dalam longkang monsun, seorang lagi hilang

Kongsikan Artikel ini


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor di tempat kejadian.  - JBPM

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor di tempat kejadian. – JBPM

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui mati lemas manakala seorang lagi masih hilang selepas dihanyutkan arus parit monsun di Jalan Ukay Perdana, Ampang, di sini, petang tadi.

Mangsa yang lemas dikenali sebagai Muhammad Riqullah Mohd Shafie, 10, manakala Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan berusia lapan tahun masih hilang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata panggilan kecemasan diterima pada 4.44 petang dan anggota bomba tiba di lokasi pada 5.08 petang.

“Pencarian mangsa yang hilang masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – BERNAMA

Ezoiklaporkan iklan ini


Sumber dipetik:
sinardaily[dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *