Cara Buat Donut Susu Tanpa Telur ‘Viral’, Tapi Tetap Lembut & Gebu

Kongsikan Artikel ini


donut susu tanpa telur

Rupanya mudah saja nak buat donut susu tanpa telur macam yang tengah viral tu.

Walaupun tanpa telur, hasilnya tetap lembut dan gebu.

Lepasni tak perlu beratur panjang dah, buat sendiri lagi puas!

RESIPI DONUT SUSU TANPA TELUR

Bahan-bahan:

  • Air sejuk 285g
  • Tepung high protein/tepung roti 500g
  • Gula 50g
  • Bread improver 5g
  • Bread softener 5g
  • Yis 8-10g
  • Marjerin 50g

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan dalam bread maker.

2. Selepas 5 minit uli, baru masukkan marjerin.

3. Kalau uli guna tangan, uli dalam 1 jam.

4. Bentukkan bulat seperti donut dan goreng sehingga masak.

5. Kemudian salut dengan salutan susu.

Untuk salutan boleh guna susu fernleaf full cream: gula kastor: dusting sugar (nisbah 1.5: 1:1)

6. Kalau nak lambat cair boleh guna susu full cream : dusting sugar sahaja (nisbah 1.5: 2)

Kredit: Ain Kamarudin

Baca juga: Creamy Cheesy Popia Carbonara Homemade, Luar Rangup Inti Dalam Likat Padu!



Source link
MyResipi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *