Cerai serta-merta jika suami langgar lafaz taklik tambahan

Kongsikan Artikel ini


Oleh MARLIA ZAKARIA

PETALING JAYA – Penceraian boleh berlaku secara serta merta jika suami melanggar taklik tambahan yang dipersetujui bersama isterinya.

Menerusi perkongsian peguam syarie, Suriati Ghani di Facebook, terdapat kes seumpamanya berlaku di mahkamah apabila pihak isteri menyediakan lafaz taklik tambahan kemudian dilafaz dan ditandatangani suami.

Seperti kes ini, ia dilakukan ekoran perbuatan suaminya dipercayai menjalinkan hubungan intim dengan wanita lain.

“Namun, selepas taklik tambahan tersebut dilafaz dan ditandatangani suami, dia tidak boleh mengulangi perbuatan (kesalahan) sama.

“Ia menyebabkan berlakunya pelanggaran taklik dan kes selesai diputuskan oleh mahkamah bahawa pasangan tersebut sah bercerai,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Contoh perjanjian lafaz taklik tambahan.

Tambahnya, taklik tambahan adalah taklik selain daripada yang ada pada surat nikah dan kandungan taklik yang dibuat tidak boleh bertentangan dengan hukum syarak.

“Contoh taklik tambahan lain yang boleh dibuat adalah, jika suami ada membuat hutang lagi, jatuh talak ke atas isteri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *