Covid-19: Kluster Terbaharu Muncul di Kedah

Covid-19: Kluster Terbaharu Muncul di Kedah
Kongsikan Artikel ini
Maktab mahmud Sik Kedah

ALOR SETAR- Kluster terbaharu Dah Pelangi Covid-19 yang dikesan di Kedah melibatkan sebuah sekolah berasrama iaitu Maktab Mahmud Sik, Taman Pelangi Jaya, Sik.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, sehingga kini, sebanyak 24 kes telah dikesan dalam kluster tersebut melibatkan pelajar lelaki sekolah itu.

Exco kesiahatan Kedah Datuk Dr Mohd Hayati Othman

Jelasnya lagi, kes kluster institusi pendidikan itu dikesan setelah beberapa pelajar didapati mengalami gejala bermula pada Ahad lepas.

“Kemudiannya, pihak pengurusan sekolah telah melakukan saringan bersasar kepada pelajar-pelajar dan kes-kes mula didaftarkan positif pada Jumaat 3 Disember 2021.

“Seramai 38 individu telah disaring dalam kluster ini dengan 24 kes dikesan positif Covid-19, 14 adalah negatif dan tiada sampel menunggu keputusan setakat ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Punca penularan jangkitan masih dalam siasatan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Sik.

Tambah beliau, pihak Pejabat Kesihatan Daerah juga telah menjalankan isolasi dan pemerhatian kepada kes-kes positif manakala kesemua kontak rapat yang dikenal pasti pula diarahkan menjalani kuarantin.

“Selain itu, notis penutupan sekolah juga telah diberikan bermula Jumaat sehingga kerja-kerja basmi kuman dan pencegahan penularan selesai dijalankan,” katanya.


Artikel Penuh : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *