WELLINGTON: New Zealand mecatatkan 207 kes baharu jangkitan dalam komuniti membabitkan COVID-19 dengan satu kematian.
Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak 192 kes dikesan di Auckland, tujuh di Waikato, tiga di Tauupo, masing-masing dua di Nortland dan Tararua serta satu di Rotorua.
Seorang wanita berusia 90 tahun turut disahkan meninggal dunia, akibat wabak berkenaan.
“Wanita terbabit mempunyai sejarah penyakit lain dan dimasukkan ke hospital sejak 6 November lalu dari Rumah Penjagaan Edmonton Meadows.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,” katanya. Ekoran itu, pihak kerajaan New Zealand mula mewajibkan pengambilan vaksin menyebabkan beribu-ribu warganya membantah atas dasar baru tersebut.
Pada masa sama, Amerika Syarikat (AS) merekodkan sebanyak 126,958 kes COVID-19 baharu dengan 1,846 kematian dalam tempoh 24 jam.
Berdasarkan statistik dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, jumlah keseluruhan kes positif wabak itu meningkat kepada 46,910,412, manakala angka kematian sebanyak 759,867. – AGENSI