Gara-gara cuba menyelit di lorong kanan, sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih terbalik dipercayai berlaku di Jambatan Pulau Pinang ketika cuba menukar laluan dalam keadaan berbahaya.
Menerusi rakaman video yang dikongsi di Twitter Isu Semasa Viral, Myvi berkenaan dilihat datang dari lorong sebelah kiri dengan keadaan agak laju dan terus menyelit ke lorong kanan sehingga berlaku sedikit pelanggaran dengan kereta di belakang.
Ekoran tidak dapat mengawal stereng, Myvi tersebut terbabas dan berlanggar dengan penghadang jalan sebelum terbalik.
“Cubaan King untuk menyelit tak menjadi, langgar dinding dan terbalik. Kereta banyak, tak menyabar sangat,” tulis pemilik Twitter yang memuatnaik video tersebut.
Kereta tersebut dilihat mempunyai pelekat P yang membawa maksud pemandu kenderaan masih di bawah tempoh percubaan.
Untuk rekod, sekiranya lesen memandu percubaan dibatalkan, sesaorang itu dilarang memandu, memegang atau memohon apa-apa lesen (termasuk lesen belajar memandu) bagi tempoh 12 bulan dari tarikh penyerahan lesen memandu percubaan.
Selepas tempoh larangan, seseorang itu hendaklah mengulang semula proses latihah dan ujian sebelum dibenarkan untuk mendapatkan lesen memandu dan akan dikenakan tempoh percubaan sekali lagi.
Sementara itu, perkongsian rakaman terbabit mengundang perhatian ramai dengan antaranya mengecam sikap terburu-buru pemandu berkenaan sehingga menyusahkan orang lain.


[DTV] FIRST LADY DARI NERAKA