Penukaran kad debit Maybank tamat tempoh.

Dah tukar kad debit tamat tempoh
Kongsikan Artikel ini

Bagi pemegang kad debit Maybank yang tamat tempoh, anda tidak perlu lagi berpusu-pusu ke bank untuk melakukannya. Ianya boleh dilakukan atau membuat penukaran secara atas talian.

Pihak Maybank melalui pengumuman rasmi di laman sesawang Maybank2u, memaklumkan pihak pelanggannya kini boleh membuat penukaran kad debit untuk yang tamat tempoh secara atas talian. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan akan dihantar ke alamat pelanggan tanpa caj tambahan.

Ikuti langkah mudah berikut:

  • Log masuk ke Maybank2u anda.
  • Kilik ‘setting’, ‘Card’, ‘Pilih Debit Carad- Replacement, Activate & block
  • Seterusnya klik butang menu 3 dot dan pilih ‘Replace Card’
  • Semak alamat anda dan kemaskini jika perlu.
  • Sahkan permohonan anda.

Mudah kan!

Baca juga : Tukar kad debit Maybank secara online

Dalam pada itu, pihak Maybank juga telah melanjutkan waktu operasi cawangan buat sementara waktu iaitu mulai pukul 4.00 hingga 6.00 petang bagi membolehkan penukaran kad debit berjalan dengan lancar. Kini anda mempunyai pilihan masa yang ‘flexible’ untuk datang membuat penukaran kad. Anda juga boleh membuat temujanji untuk melakukannya di EZYQ Maybank.

Sumber: Maybank2u

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *