‘Diburu’ sejak lebih 10 tahun lalu, Orang Asli sekitar Lojing bimbangkan apa?

Kongsikan Artikel ini


‘Diburu’ lelaki warga asing sejak lebih 10 tahun lalu, masyarakat Orang Asli di kawasan Tanah Tinggi Lojing bimbang masa depan anak gadis mereka yang terperangkap dengan cinta.

Komuniti tersebut bimbang dengan masalah sosial melibatkan lelaki warga asing yang bekerja di kawasan kebun dan ladang di situ.

Penduduk tempatan mendakwa masalah tersebut berlaku selepas lebih 200 syarikat berlesen melakukan aktiviti kebun dan ladang di kawasan Lojing.

Seorang bapa di Kampung Sigar, Jalani Said, 38, berkata, terdapat kes keluarga Orang Asli di kampung berdekatan yang kehilangan anak gadis mereka selepas terjebak dengan cinta bersama lelaki warga asing.

Dakwanya, dipetik Kosmo! hari ini, perempuan berkenaan lari mengikut kekasih mereka.

Dikatakan, terdapat ribuan pekerja asing terutama dari Indonesia, Bangladesh dan Myanmar bekerja di ladang dan kebun sayur sekitar Gua Musang.

Menerusi pendedahan komuniti Orang Asli di kawasan itu, ramai gadis Orang Asli menjalin cinta dengan pekerja asing terbabit sehingga mengambil keputusan lari dari rumah mengikut teman lelaki.

Walau bagaimanapun, mereka kemudiannya kembali ke pangkuan keluarga selepas tidak tahan hidup bersama pasangan masing-masing.

Selain itu, terdapat juga kes wanita Orang Asli yang digantung tidak bertali oleh bekas suami selepas mereka pulang ke negara asal masing-masing.

Baca juga Tak perlu ke luar negara mencari ‘alam kayangan’, negeri ini paling banyak tempat cantik yang rakyat Malaysia sendiri ramai tak sangka

Baca juga Makan tebuan hidup sampai bengkak bibir, influencer Cina diharam daripada guna media sosial



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *