Diskaun Bayaran balik Pinjaman PTPTN

Kongsikan Artikel ini

Berita baik kepada semua peminjam PTPTN. Pada pembentangan Bajet 2022 kali ini, peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) layak mendapat insentif diskaun bagi bayaran balik pinjaman sediada. Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN selama 6 bulan ini bermula 1 Nov 2021 hingga 30 April 2022.

Diskaun Bayaran balik Pinjaman PTPTN

Ada 3 kategori diskaun bayaran balik pinjaman:

  • 15% diskaun bagi bayaran penuh baki pinjaman
  • 12% diskaun bagi bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah baki pinjaman
  • 10% diskaun setiap bulan bagi potongan gaji atau direct debit (selama tempoh bajet)

Saya percaya anda mesti gembiara dengan berita baik ini. Sekurang-kurang membantu meringankan bebanan anda. Jadi inilah masa yang sesuai untuk membayar balik pinjaman sambil menikmati diskaun yang ditawarkan. Bagi peminjam yang ingin membuat semakan baki pinjaman boleh terus hubungi admin atau pegawai PTPTN di whatsapp ini:https://sspniplus.com.my/hubungi-kami/

Sumber: FB PTPTN