DISKAUN SAMAN PDRM SEMPENA SELANGOR MERDEKA RIDE & CARNIVAL 2023
Polis Selangor telah mewar-warkan notis rasmi pengurangan saman sebanyak 50% bagi saman yang terpilih melalui media sosial.
Jom ketahui lebih lanjut untuk mendapatkan manfaat daripada pengurangan saman ini!
Diskaun Saman Polis Sempena Selangor PDRM Merdeka Ride & Carnival 2023
Polis Selangor menawarkan diskaun saman trafik sebanyak 50% sempena ‘PDRM Selangor Merdeka Ride and Carnival 2023’ yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kaunter saman trafik itu antara yang akan menjadi tumpuan utama pengunjung pada hari tersebut.
“Saya rasa yang paling menarik nanti adalah kaunter saman trafik.
“(Diskaun) 50% untuk saman terpilih kecuali saman melibatkan kes mahkamah dan saman tidak boleh dikompaun, maksudnya yang tidak boleh beri diskaun ini seperti saman kemalangan, saman timbang berat, saman bicara mahkamah, saman potong Q (barisan), saman guna lorong kecemasan, saman langgar lampu merah, saman potong garisan berkembar, ubah suai ekzos dan saman Op Selamat.
“Tawaran melibatkan saman seluruh Malaysia. (Kaunter dibuka) bermula pukul 7.00 pagi hingga 7.00 malam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini.
Hussein Omar berkata, penganjuran julung kali itu dapat mengeratkan silaturahim dan suasana harmoni antara polis dengan masyarakat dalam semangat Bulan Kebangsaan, seiring slogan polis iaitu ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah juga dijangka akan turut serta dalam kayuhan tersebut serta merasmikan karnival berkenaan.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti senamrobik, persembahan unit berkuda, pameran seni mempertahankan diri, pameran kereta dan motorsikal klasik, ‘food truck’, ‘petting zoo’, persembahan artist tempatan, cabutan bertuah dan sebagainya.

Tempoh Diskaun / Kadar Khas Bayaran Saman
Diskaun 50& ini boleh dibayar di Booth PDRM, Stadium Shah Alam pada 26 Ogos 2023 mulai jam7.00 pagi hingga 7.00 malam.
Polis Selangor / Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Jangan lepaskan peluang ini!

Acara
KARNIVAL PDRM Selangor Merdeka Ride 2023
- Tarikh : 26 Ogos 2023 (Sabtu)
- Masa : 0730 pagi
- Tempat : Tapak Festival Stadium Shah Alam
( 50% DISKAUN SAMAN) di Booth PDRM Polis SelangorPolis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
GRAND PRIZE LUCKY DRAW – Motosikal, Smart TV, Skuter, Mystery Gifts
Kayuhan merdeka bersama pelumba basikal profesional Malaysia ANUAR MANAN anuarmananofficialAnuar Manan – Malaysian Cyclist
Pelbagai aktiviti menanti anda seperti,
Turut memeriahkan karnival dengan artis-artis tempatan seperti Dato awie, hazama, Saiful apek, yassin senario, Cd Data, baggio damasutra , eka Af, haziq Af, Pablo amirul, along Eyzendy, soya katrunis,kumpulan arteh,akma Af, Nadia Af, Zur Eda & ramai lagi menanti anda disana.
Saiful Apek (Official Fan’s Page)Nadia Hasnan OfficialYassin Senario – Fan ClubAlong EyzendyPablo AmirulZur Eda (official fanpage)Shidi Data OfficialZalif Sidek


Semakan Saman Online
Orang ramai yang ingin membuat bayaran saman boleh membuat semakan terlebih dahulu melalui Portal MyBayar Saman. Anda perlu mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :
i) Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
ii) Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details…
iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205
Sumber / info sahih daripada : Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM