Diskaun Sehingga 20% 2022-2023 Untuk Pembayar Pinjaman PTPTN

Kongsikan Artikel ini

Pada pengumuman pembentangan Bajet Kewangan 2023, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi diskaun sehingga 20% bagi bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti dipetik Bantuan Rakyat.

Kerajaan  dalam hal ini sentiasa prihatin kepada peminjam dan semoga diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi.

Berbanding sebelum ini, Insentif Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN yang ditawarkan kali ini adalah lebih tinggi sehingga 20% bagi bayaran secara keseluruhan pinjaman.

Mengenai Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Dalam Pengumuman Bajet 2023

Pengumuman diskaun ini diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 pada 7 Oktober 2022 (Jumaat).

Dalam ucapan pembentangan tersebut, beliau memaklumkan;

“Insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bertujuan bagi memudahkan pembayaran semula serta memupuk tanggungjawab dalam kalangan peminjam PTPTN”

– YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan​.”

Syarat dan Jumlah Diskaun Yang Ditawarkan

Intensif Diskaun Bayaran Balik PTPTN Bajet 2023
Sumber; PTPTN

Diskaun yang diberikan adalah merangkumi :

  • Pertama: Diskaun    20     peratus     atas     baki     hutang    untuk penyelesaian penuh pinjaman;
  • Kedua: Diskaun 15 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50   peratus   daripada   baki   hutang   dalam   sekali bayaran; dan
  • Ketiga: Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

* Info dari PTPTN – Sekiranya bayaran bulanan melalui JomPay tidak layak mendapat tawaran diskaun ini.

bayaran bulanan melalui JomPay tidak layak mendapat diskaun

Tempoh Diskaun

Tempoh diskaun bermula 1 November 2022 hingga 30 April 2023.

Cara Membuat Pengesahan Baki PTPTN

Para peminjam boleh dapatkan pengesahan baki bagi tujuan pembayaran penuh melalui portal PTPTN melalui pautan berikut

https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama

atau

Boleh hubungi mana-mana Eksekutif Pemasaran PTPTN melalui pautan berikut https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn

Cara Membuat Pemotongan Debit

Permohonan direct debit boleh dilakukan secara online di https://www.ptptn.gov.my/direct_debit/direct_debit.html

atau

Potongan gaji https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/ .

Pengecualian Bayaran Balik

Sebagai tambahan, peminjam PTPTN layak mendapat pengecualian bayaran balik sekiranya memenuhi syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman:

  1. Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa;
  2. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
  3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
  4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
  5. Kursus/ Program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan;
  6. Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen; dan
  7. Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019).

Kaedah Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman

Peminjam perlu memohon secara online di Portal PTPTN – Pengecualian Ijazah Kelas Pertama selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

Info lanjut mengenai pengecualian bayaran balik pinjaman ini, sila lihat pautan berikut;

https://www.ptptn.gov.my/pengecualian-bayaran-blk-side

Info dan maklumat lanjut sila layari laman web https://www.ptptn.gov.my/

Sumber: 

Laman web – https://www.ptptn.gov.my/

Facebook PTPTN – https://www.facebook.com/PTPTNOfficial

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Sumber dipetik: Bantuan Rakyat]dot]my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *