Sebut pasal bunga pastinya merujuk kepada wanita dan kesukaannya, Bukan sahaja cantik malah kita menggunakannya bagi mengindahkan persekitaran dan juga sebagai objek cinta, upacara, agama, perubatan dan malah sumber makanan.
Seorang doktor di Virginia, Amerika Syarikat (AS) menemui cara yang unik bagi menceriakan suasana di hospital.
Eleanor Love, 27, mencetuskan idea The Simple Sunflower – sebuah projek bagi mengumpulkan karangan bunga daripada majlis perkahwinan dan menyusun semula untuk diberikan kepada pesakit di hospital.
Idea menarik itu tercetus ketika beliau masih lagi berstatus pelajar perubatan di Virginia Commonwealth University pada 2019.
“Saya terinspirasi melalui putaran klinikal ketika menjadi pelajar bagi memberi semangat kepada pesakit saya dengan cara baharu dan berbeza,” katanya.
Setelah mendapat idea itu, Love mulai menghubungi perancang perkahwinan tempatan dan sehingga kini, pasukannya dari dari VCU Medical Centre dapat memberi hampir lebih 1,000 penghantaran bunga kepada pesakit. Walaupun hadiah itu tidak seberapa,ia jelas memberikan impak yang besar kepada pesakitnya.
“Meskipun pemberian bunga itu tidak seberapa, ia boleh memberi kesan besar kepada pesakit,” katanya.
Selain membuatkan suasana di hospital bertambah selesa, pemberian bunga yang tidak dijangka itu dapat memberi pengalaman baru buat pesakit di hospital malah berpotensi mengurangkan keletihan mereka.

“Suasana indah kegemaran saya adalah ketika saya menyampaikan bunga kepada pesakit yang telah berada di hospital selama berminggu-minggu pulih dari penyakit jantung,” kata Love.
Baca juga artikel ini: Petua hilangkan batuk berpanjangan
“Ketika saya membawanya bunga, dia sangat terkejut kerana kami membawa bunga sebagai hadiah tanpa nama.” Selepas tiga minggu di hospital, bunga membuat semua perbezaan.
“Wajahnya berubah, dia mula menangis, dia memberitahu saya tentang halaman tamannya di rumah,” kongsi Love. “Dia memberitahu saya bahawa dia telah berada di hospital selama tiga minggu dan ia adalah pengalaman yang sangat panjang dan sukar untuknya. — People